2 hari hidup tanpa ketiadaan internet amatlah mengelisahkan..(hehehe), beberapa perkara yang ingin saya kongsikan juga terbengkalai, pernah terfikir mahu berkongsi tentang pelajaran tauhid, ada juga terfikir mahu berkongsi tentang 8 keajaiban dunia[kritikan terhadap institusi zakat] (akan menyusul..insyaallah), ada juga terfikir mahu berkongsi tentang kitab-kitab baru dibeli dan macam-macam lagi..

Namun, saya merasakan, kesempatan hari ini, perkongsian yang dikirakan menarik adalah berkenaan tentang Tragedi ketika peperiksaan baru-baru ini..

exam

LANGKAHAN PERTAMA

Seawal 7.30 pagi saya telah melangkah keluar dari rumah untuk beriktikaf sebentar di Masjid Ar-Rahman , dan dalam masa yang sama, sempatlah mengulang hafalan ..pada ketika itu, cuaca dibumi Dumyat masih lagi redup dan teramat sejuk, bahkan.. kepulan-kepulan asap (wap) akan keluar dari mulut apabila bercakap dan bernafas..yang menyedihkan lagi, saya tidak mempunyai sarung tangan mahupun stoking untuk dipakai….. huh! Sejuk amat!!

Namun, digagahkan juga untuk berjalan ke masjid, Tekad Jitu!..

Setelah solat tahaiyatul masjid dan solat dhuha 2 rakaat, saya mula mengulang tajuk “hari kebangkitan”, kelihatan pada ketika itu, beberapa orang arab telah mula menyelak dan menghafal kitab-kitab mereka, saya rasa… mereka telah berada disitu sejak selepas subuh lagi..

USTAZ HABIL DAN USTAZ LAH

Kira-kira jam 9.30 pagi, saya keluar dari masjid dan mencari-cari rakan lain, mungkin ada yang memiliki lembaran nota bertajuk “perihal neraca dan sirat di hari kiamat”… sebenarnya, salinan nota milik saya telah hilang beberapa hari yang lalu… tapi ada yang mengatakan ianya adalah lembaran penting! Mungkin akan ada soalan yang bertanyakan tentang itu..

Apabila saya melihat disekeliling masjid tidak terdapat seorang pun “orang melayu”, lalu saya melabuhkan punggung di salah satu tangga masjid yang ada…. Lalu mengulang hafalan pada tajuk “kenabian”…

Kira-kira 5 minit kemudian, kelihatan saudara Habil datang melenggang dengan buku bahasa inggeris ditangannya..wah..mungkin beliau telah bersedia untuk mengambil peperiksaan tersebut… sempat saya berbual dengan beliau beberapa ketika, kemudian kelihatan Saudara Abdullah datang dengan betul-betul melanggang!! dengan berseluar celoreng askar dan berjeket kelabu…yang lebih hebat, Tidak ada sebarang buku ditangannya, mungkin beliau telah menghafal kesemuanya!- yelah, wajahnya juga tidak menampakkan sebarang kerisauan yang besar..

“DEWAN” PEPERIKSAAN YANG “BEST”!!

Tepat jam 10.00 pagi, pintu pagar university dibuka, semua mahasiswa menderu masuk dengan bersemangat, ada diantara mereka yang masih membawa nota ketika masuk ke university, lantas ditahan tegas oleh petugas disitu dan diarahkan untuk meninggalkan nota dan kitab ditingkat bawah bangunan . kesemuanya mengikut dengan taat.

شهاب1267

Seperti sebelum ini, saya masih ditempatkan ( dan mungkin akan sentiasa ditempatkan ) diluar kawasan dewan kuliah… berhadapan dengan lintangan angina sejuk, pekikan suara arab dan gangguan lalu lalang manusia…

Sabar…..

Masa menjawab bermula dari jam 10.15 sehinggalah jam 1 tengahari..

Agak gementar menjawab soalan tauhid kali ini, tetapi saya tenangkan diri dan mula menulis muqaddimah dan membuat kotak untuk setiap muka surat kertas jawapan…

ALHAMDULILLAH..

Setelah berlangsung selama 2 jam, saya agak berpuas hati degan jawapan yang saya nyatakan.. tetapi saya agak ragu-ragu dengan jawapan terakhir yang saya berikan.. seolah-olah dalil al-quran yang saya nyatakan itu SILAP… berulang kali saya membacanya… sehinggalah saya terdengar seorang rakan saya membaca ayat lain, dalam surah yang sama….pelik, kerana beliau membaca ayat lain.. sedangkan saya menulis ayat lain… namun apabila disemak,, ya! Beliau benar! Beliau membaca dalil wujudnya hari kebangkitan dengan penciptaan manusia, sedangkan saya memberikan dalil wujudnya hari kebangkitan dengan wujudnya langit dan bumi… Alhamdulillah.. pertolongan disaat akhir..

saya keluar 10minit awal dari masa peperiksaan ditamatkan.. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancer, semoga pepeiksaan nahu dan sorof akan datang, Allah SWT masih memberi kemudahan kepada saya.. aminn…

pas balik, Ustaz Naqib masak spageti …hahahhaa!!! sumpah sedap!!!

شهاب1270