Untitled

 

sila ke link berikut : ~http://langitilahi.com//~

PERKONGSIAN TARBIAH ,: Saudara Hilal Asyraf, Saudara Ali Irfan , Cikgu Azmi Bahari , En Ghazali ,Saudara Amin Misran

PERKONGSIAN KREATIF : Saudara Tengku Fahmi ,Saudara Nor Ehsan, Saudara Rafi`

 

Perkongsian yang terdapat didalam halaman ini memiliki keistimewaannya tersendiri.

  • Hubungan dua hala antara admin dan pengunjung
  • Bukan sekadar perkongsian dari admin, tetapi pengunjung juga mampu berkongsi
  • Matlamat utama adalah penyebaran motivasi berunsurkan modul-modul pembinaan jiwa muslim mukmin

KATA-KATA ADMIN

“Justeru, 1hb Januari 2011, adalah permulaan baru kita.

Tiadalah apa yang lebih saya harapkan, melainkan doa dan sokongan daripada anda semua. Sebagaimana yang saya sering ulang katakan di dalam Langit Ilahi ini, saya hanyalah seorang yang tempang, tanpa papahan doa anda semua. Selama ini, apa yang saya capai, apa yang saya dapat, semuanya hakikatnya adalah berkat daripada doa dan sokongan kalian, insyaAllah.

Saya sendiri, amat senang hati dengan terkumpulnya Kumpulan Langit Ilahi. Dengan ini, saya boleh fokus lebih kepada pelajaran, dan penghasilan buku saya, sekaligu meningkatkan kualiti kerja-kerja saya di alam realiti insyaAllah.

Saya menyeru, agar kita semua memberikan sokongan kepada usaha Langit Ilahi yang baru ini. Saya yakin, ahli kumpulan Langit Ilahi yang baru itu, jauh lebih baik daripada saya. Baik ilmunya, fikrahnya, syakhsiahnya. Maka saya berharapkan anda mendapart manfaat yang besar daripada mereka. Saya juga memohon kasih sayang Allah, atas kebaikan kepunyaan mereka, agar diri saya ini lebih diberkati dan perjuangan ini dibantu olehNya.

Terus kita bersama berusaha menjadi hamba kepadaNya.

Amiin.”

Hilal Asyraf, langit illahi, 31 Disember 2010

APA MOTIVASI MEREKA??

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

[an-Nahl: 125]

p/s: semoga laman-laman tarbiah terus tumbuh seperti cendawan segar selepas hujan Smile