Header Ads

test

New Year, New Soul!

Tepat 5.53 malam tadi, talifon Samsung saya berdering kuat menandakan ada panggilan dari seseorang. Apabila dilihat di skrin , tidak tersiar nama si pemanggil, permulaanya agak kaget untuk mengangkatnya, tapi bila memikirkan kemungkinan panggilan dari Malaysia, saya mengangkat juga..

Asalamualaikum..”

Owh… kenal, seorang pelajar USIM yang berasal dari negeri felda dan fecra, Johor darul takzim..

Alhamdulillah, tadi dah dapat keputusan exam, memberansangkan!!”

Rupanya, beliau hanya mahu menyampaikan rasa gembiranya setelah berusaha dalam peperiksaan akhir semester yang lepas. Ya, mengikut penilaian saya, beliau sememangnya layak mendapat keputusan yang sehebat itu, apa tidaknya, sesudah stady group bersama-sama rakan sekuliahnya, beliau akan pulang ke rumah dan mengulang kaji semula pelajarannya, beliau akan berusaha untuk memahami sesuatu pelajaran dengan baik, setelah memahaminya, beliau juga akan bertindak membantu sahabatnya yang lain untuk memahami sepertimana yang difahaminya..

~Suhanallah…nilai peribadi yang baik sekali!~

Perbualan dengan beliau tidaklah mengambil masa yang lama, al-maklumlah… line talifon antara Malaysia dan Mesir tidak terlalu baik…

Sebelum meletakkan ganggangan talifon, sempat beliau mengucapkan..

“Selamat tahun baru..”

Print 

Ops! Ya! Sudah tahun baru!

MASA YANG TELAH MENJALANKAN TUGASNYA

Kesibukan mentelaah kitab telah mengeluarkan saya seketika dari dunia nyata buat sementara waktu.. lalu saya mula berfikir..

Setiap detik dan saat yang kita lalui dalam kehidupan kita semalam merupakan detik-detik sejarah yang amat berharga dalam kehidupan kita .

time-machine

Jika seorang pelajar, kita telah mencipta sejarah pelajaran kita sendiri pada hari semalam, mungkin ianya baik mahupun sebaliknya bergantung kepada apa yang telah kita lakukan dan usahakan.

Jika seorang anak, kita juga telah mencipta sejarah dalam kehidupan kekeluargaan kita pada hari semalam, mungkin kita telah mula menyintai mereka dengan lebih mendalam mahupun telah melukakan mereka, bergantung kepada apa yang telah kita lakukan dan usahakan.

Begitu juga keadaannya jika dilihat situasi kita selaku hamba, kita telah mentaati segala perintah Allah swt mahupun tidak bergantung kepada apa yang telah kita lakukan..

Samada baik ataupun buruk, ianya adalah sejarah yang telah kita lakarkan dalam kanvas kehidupan..

“Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.”

[AL-BAQARAH:141]

Seorang penyajak telah menuliskan gempa hati beliau tatkala malam tahun baru menjelang;

menyalami detik-detik dengan kecemasan,

di siram cahaya unggun yang resah dilasak malam,

apakah yang tersisa dari tiupan terompet,

kembang api dan tepuk tangan?

esok, pagi tetap tak peduli,

 

hari-hari tetap berganti

dan nasib dipertarungkan tanpa henti.

kecemasan tetap saja merayapi jam yang berdetak,

mencari embun di kerimbunan pohon-pohon hutan,

mencari hening di bening gemuruh sungai pegunungan.

 

kita menghitung mundur:

menandai kenangan dan harapan dengan tinta merah,

sambil menghitung berapa usia yang masih sempat terbaca.

 

menyalami detik-detik dengan kecemasan.

tanganmu kujabat erat,

senyummu mengembang pekat:

selamat datang kematian,

bisakah aku menawar barang semalam?

Pelbagai kenangan telah kita coretkan, dan kenangan tersebut seharusnya menjadi lonjakkan paradigma untuk kita terus melangkah ke alam nyata.

Setiap hari, setiap detik masa berlalu… SUMPAH!! Sungguh berharga!

Ianya tidak mampu dikembalikan! Ianya ciptaan tuhan yang ajaib! Berlalu tanpa mengira sebarang perubahan yang berlaku….seolah-olah menjerit nyaring:

~aku tidak akan berputar kembali, aku akan terus maju tanpa menghiraukan apa yang berlaku, kerna ia adalah tugasku!~

Masa itu telah menjalankan tanggungjawabnya selaku makhluk ciptaan Allah SWT,

Ia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali, maka ia tidak akan lagi dipersoalkan. Apa yang tinggal????

Yang tinggal adalah tanggungjawab kita pula yang masih tersisa dan terbengkalai lama..

Selaku pelajar, kita masih belum menjalankan tanggungjawab pelajaran dengan sebaiknya

Selaku anak, kita masih belum melakukan tanggungjawab seorang anak yang soleh sebaiknya

Selaku hamba Allah kita belum melakukan tanggungjawab ketaatan yang total sepenuhnya..

Bila kita perlu merealisasikan semua tuntutan tanggungjawab tersebut??

TAHUN INI!!

Ya! Tahun ini adalah tahun kita merealisasikan tuntutan, mempertingkatkan azam dan memperkasakan usaha menjadi seorang ikon manusia yang baik dalam segala segi.. bahkan, kita mengharapkan untuk menjadikan diri kita baik dan mampu memperbaiki keadaan disekeliling kita..

Mulakanlah tahun baru ini dengan penetapan matlamat dan gerak kerja untuk merealisasikan impian yang telah lama terbuku didalam hati..

2011

Mungkin ada dikalangan pembaca pernah membaca artikel saya berkenaan “Apa yang kita buat semasa birthday [klik]?” .. mungkin ada yang telah melakukan sepertimana yang dicadangkan, oleh itu.. tahun baru ini.. bukalah semula segala gerak kerja yang telah dilakukan, nilai semula segala apa yang telah tercatat.. semoga ianya menjadi nilaian yang hebat untuk kita!

FALSAFAH

~MENUJU IMPIAN SEIRING TEKAD PERUBAHAN~

"Barangsiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan hak kami dan bersungguh-sungguh untuk menyebarkan dakwah kami, akan kami berikan hidayah kepada mereka ke jalan kebaikan dan redha Allah, sesungguhnya Allah SWT bersama-sama orang yang baik amalannya dengan memberi pertolongan didunia dan ganjaran pahala di akhirat."

[AL-ANKABUT;69]

SELAMAT TAHUN BARU 2011

p/s:malam tahun baru ini saya telah bertekad untuk menghabiskan pengajian saya selama 4 tahun diMesir dan menyambung pelajaran dalam peringkat lain setelah pulang ke Malaysia. Dan tahun ini juga adalah tahun saya akan membanyakkan pembelian kitab berbanding tahun lepas, tahun 2010, saya berjaya memenuhkan satu rak, tahun 2011 saya berharap dapat memenuhkan 2-3 rak! Insyaallah!

شهاب1258

1 comment:

  1. Anonymous1/01/2011

    slmt tahun baru....
    :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.