Segala puji bagi Allah,selawat dan salam buat pesuruh-Nya, serta seluruh ahli keluarga baginda, para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan baginda.

Telah diketahui ramai, terdapat sebuah tumbuhan yang dinamakan tembakau di hujung kurun ke-20 Hijrah. Pengunaan terhadap pokok tersebut telah meluas dalam kalangan orang ramai, sehinggakan ianya menggesa para ulamak berbicara tentang perihalnya dari aspek hukum syarak.

the-smoking-effect-l

Setelah melihat dari aspek ianya suatu yang baru dan tidak pernah terdapat hukum penggunaanya pada zaman kebelakangan dari para cendiakiawan fekah dan ulamak mujtahidin, begitu juga tidak terdapat pandangan ulamak-ulamak mazhab, ditambah dengan gambaran mereka yang kurang terhadap hakikat sebenar perihal rokok dan kesannya yang menyeluruh.

Setelah dilakukan kajian saintifik yang tulus, para ulamak telah berbeza pendapat . Ada dikalangan mereka yang mengharamkannya, ada pula yang berpendapat ianya makruh, ada juga yang mengatakannya harus, dan ada juga yang terus diam dan tidak membincangkan hal ini. Setiap pakar dalam mazhab-mazhab ahli sunnah dari mazhab yang empat ada yang mengharamkannya, memakruhkan dan tidak kurang pula yang mengharuskannya. Dengan itu, kita tidak mampu untuk menetapkan kenyataan mana-mana mazhab dalam keharusan, haram dan makruhnya hukum merokok ini.

Saya memulakan perbahasan ini dengan menerangkan perbezaan pendapat para ulamak mazhab dalam perihal tembakau, penggunaannya yang berleluasa, dan perbezaan mereka dalam menetapkan hukum syarak dalam penggunaannya. Perbezaan itu tidaklah berpunca dari perbezaan hujjah yang dipakai, tetapi pada perbezaan wilayah penetapan hukum. Dikalangan mereka ada yang mengatakan merokok itu mempunyai banyak manfaat dalam sangkaan mereka. Ada juga yang menyatakan bahawa aktiviti tersebut mempunyai keburukan yang sedikit dari manfaat yang sama banyak. Ada juga dikalangan mereka yang tidak memberikan bukti-bukti kebaikan aktiviti merokok, tetapi menafikan keburukannya. Kesimpulannya.,mereka ini akan mengharamkan aktiviti merokok dengan tanpa sebarang perdebatan sekiranya menjumpai keburukannya dengan yakin.

smoking-pic

Oleh itu, saya tegaskan : penyabitan keburukan rokok terhadap tubuh badan dan penafian keburukannya akibat penggunaan tembakau dan sebagainya yang berkaitan dengan pengambilannya bukanlah urusan ulamak fekah, akan tetapi ianya merupakan urusan kepakaran cendekiawan perubatan dan analisis. Merekalah sepatutnya kita bertanya, kerana mereka adalah pakar dalam bidang saintifik dan kajian. Allah SWT berfirman :

Bertanyalah akan hal itu kepada Yang mengetahuinya.

[ Furqan : 59 ]

Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya.

[Fathir :14]

Menurut pakar perubatan dan kajian, merokok akan memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan secara umumnya, manakala akan membahayakan sistem pernafasan dan paru-paru secara khususnya, dan akan membawa kepada kanser paru-paru, sehingga membuatkan seluruh dunia mewajibkan amaran merokok sejak beberapa tahun ini.

smoking_health_effects

Pada zaman kita ini, para ulamak perlu bersetuju dengan peraturan, oleh itu, hukum fekah dibina atas pandangan pengamal perubatan, apabila doktor mengatakan penyakit merokok ini memberi keburuikan kepada manusia, maka wajib ulamak fekah mengatakan ianya haram. Kerana apa sahaja yang memudaratkan kesihatan manusia , wajib menjadi haram dari segi syarak.

Smoking_Costs-vi

Manakala, terdapat aspek-aspek yang tidak memerlukan kepada doktor pakar, begitu juga, tidak memerlukan kepada penganalisis kimia, tetapi ianya diketahui oleh semua orang yang boleh dipercayai dan amanah.

Sumber : Fatwa Dr Yusof Al-Qaradhawi

Penterjemah : Syihabudin Ahmad