Dikalangan masyarakat, ada yang mengatakan : bagaimana anda mengharamkan aktiviti merokok tanpa sebarang bukti ?

Jawapannya adalah : tidak menjadi kepentingan kepada syarak untuk menyebutkan semua perkara yang diharamkan, akan tetapi, cukuplah sahaja syarak meletakkan ukuran dasar dan kaedah-kaedah yang mengikut dibawahnya perkara-perkara kecil yang lain, perkara-perkara kecil itu banyak sekali. Dengan kaedah yang dipakai, dapat merungkai hukum perkara kecil tersebut. Cukuplah bagi syarak untuk mengharamkan yang kotor dan memudaratkan, maka, akan mengikutlah setiap makanan dan minuman yang kotor dan memudaratkan. Demikianlah,ulamak telah bersepakat dalam menyatakan pengharaman pokok popi dan yang serupa dengannya dari bentuk-bentuk dadah, walaupun perkara tersebut tidak dijumpai sebarang dalil yang jelas (dari Al-Quran dan Hadis) mengharamkannya.

 no smoking

HUJAH PERTAMA

Al-Imam Abu Muhammad bin Hazmin Az-Dhohiri telah berpegang dengan zahir dalil al-Quran dan sunnah, dengan itu, beliau mengharamkan apa jua benda yang dapat memudaratkan apabila memakannya, beliau mengambil dari hujjah : setiap perkara yang memudaratkan itu adalah haram, diambil dari sabda nabi SAW :

“Sesungguhnya Allah menulis ihsan (kebaikan) kepada semua benda”

Bagi siapa yang memudaratkan dirinya ataupun orang lain, maka tidak akan ditulis kebaikan padanya, barangsiapa yang tidak ditulis kebaikan padanya, dia telah berbeza dengan ketentuan Allah dalam menulis kebaikan dalam setiap perkara.

HUJAH KEDUA

Dalam menilai hukum ini, Kita boleh juga berhujahkan sabda Nabi SAW :

Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain

[Ibnu Majah : 2/784]

HUJAH KETIGA

Begitu juga dengan hujah Firman Allah Ta`ala :

Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri [atau orang lain]. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

[an-Nisa`:29]

cigarette1

PERUMPAMAAN IMAM NAWAWI RH

Diantara perumpamaan terbaik dalam pengharaman menggunakan barang yang memudaratkan adalah perumpamaan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Raudhatu Sholihin. Beliau berkata : setiap apa yang memudaratkan apabila dimakan, seperti kaca, batu dan racun, diharamkan untuk dimakan. Setiap benda bersih yang tidak memudaratkan apabila di makan , dihalalkan untuk dimakan. Dikecualikan barang yang bersih tetapi menjijikkan seperti air mani dan hingus kerana ianya diharamkan…. Diharuskan pula memakan ubat walaupun terdapat sedikit racun didalamnya, jika pada kebiasaannya ia akan membawa kepada keselamatan, dan ianya diperlukan.

Sumber : Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi

Penterjemah : Syihabudin Ahmad

p/s :masa sedang google gambar… terjumpa plak gambar kenyataan jenaka dibawah.. haha

faedah merokok

maksudnya :

FAEDAH MEROKOK

Perokok tidak akan menjadi tua

kerana dia akan mati ketika muda..

Dia sentiasa mendapat kawan baru

kerana setiap hari dia akan berjumpa dengan doktor yang baru..

Pencuri tidak akan masuk kerumahnya

kerana dia akan batuk sepanjang malam..

Dia tidak akan kerap dilawat oleh masyarakat dan kerabatnya

kerana baunya busuk dan menjijikkan..