Saidina Umar Bin Al-Khattab Radhiallahu Anhu berkata pada suatu hari : Natakan harapan kamu semua.. Maka semua orang yang berada disitu memberitahu harapan mereka, lalu mereka berkata pula : wahai Amirul Mukminin, sampaikanlah pula harapanmu . lantas beliau berkata : aku menginginkan rumah seperti ini dipenuhi dengan lelaki seperti Abu Ubaidah bin Al-Jarrah .

[ Ibnu Abi Dunya (al-Mutamanin) 1/89 ]

Mungkin kita bertanya-tanya : siapakah lelaki yang amat dikagumi oleh Saidina Umar ini?

kekasih

Beliau adalah Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah bin Hilal bin Uhib @ Wahib. Berketurunan Quraisy dan mendapat gelaran “Abi Ubaidah bin Al-Jarrah”. Beliau juga merupakan antara sahabat Nabi SAW yang terawal memeluk agama Islam, bahkan beliau tergolong dalam sepuluh orang yang dijamin masuk ke Syurga.

Lantaran semangat perjuangan dan keimanan yang tinggi, beliau telah mengikuti semua peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah SAW sehinggakan, Saidina Umar Al-Khattab telah melantik beliau sebagai Panglima Serang Hendap ke Syam menggantikan Khalid Al-Walid.

Apabila perkara tersebut dikhabarkan kepada Khalid, beliau berkata : Telah dibangkitkan kepada kamu seorang lelaki yang paling amanah dalam umat ini.logo1

Amru bin Al-`as pernah bertanya Rasulullah :

Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling engkau cintai? Baginda menjawab : Aisyah , Dia bertanya lagi : dari kalangan lelaki pula siapa?, Baginda menjawab : Bapanya (Abu Bakar). Dia bertanya lagi : kemudian , Siapa lagi? Baginda bersabda : Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.

Abu Ubaidah Al-Jarrah telah meninggal pada tahun ke-18 Hijrah di Negeri Syam.

  • Rujukan Utama : Fadhailul Shohabah,
  • Penulis : Imam Ahmad bin Hambal RH (164H-241H)
  • Tahkik dan Takhrij : Dr Wasiyullah bin Muhammad Abbas
  • Cetakan : Universiti Ummul Qura, Makkah