Sepanjang Daurah Fikrah Islamiah (DFI) bagi pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Ibnu Khaldun (SMIK) yang lepas, saya sempat mengutip beberapa manik-manik tarbiah dalam kehidupan duat.

Dalam Daurah (kursus) tersebut, terdapat dua aktiviti LDK yang amat menarik dan mampu memberi kesan dalam kehidupan remaja kini.

Tema Gejala Sosial, Kesan dan Cara Mengubatinya amat bertepatan dengan situasi masyarakat Malaysia sekarang.

tarbawi acting

Disini, saya ingin berkongsi beberapa sinopsis lakonan yang telah dimainkan oleh para peserta daurah tersebut :

KUMP 1: Taubat Si Penagih

Sekumpulan remaja yang bermula dengan menghisap rokok telah mula berani mengambil dadah, dek kerana ketagihan dadah, mereka sanggup melakukan apa sahaja, sehinggakan mereka sanggup untuk mencuri dan merompak…aktiviti mereka itu berjalan dengan baik pada mulanya, namun…

Dalam satu rompakan yang mengakibatkan dua orang mangsa, mereka telah berjaya dicekup oleh pasukan polis. lalu mereka ditahan dan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Dadah.

Di dalam pusat  tersebut, mereka mula mencari-cari hidayah Allah. berkat bimbingan seorang Ustaz muda, mereka telah menyerah diri mereka untuk bertaubat kepada Allah SWT..

Mereka telah mula belajar dan mendirikan solat, serta beriltizam menjadi manusia yang baik, soleh dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Kump 2: Syurga Judi??

Cerita dimulakan dengan perbualan dua orang remaja yang berbincang tentang kewangan yang mereka miliki.Kasim dan Abu tidak memiliki sebarang wang, lalu Abu telah memberi satu idea.. Berjudi!

lantas, kedua mereka pun pergi ke tempat Judi. mereka memulakan perjudian dengan meminjam sedikit wang dari rakan seperjudian mereka, dan hasil dari judi pada hari tersebut, Kasim telah menang besar dan membuat dirinya ghairah untuk terus berjudi.

hari berikutnya, Kasim telah pergi berjudi tanpa ditemani Abu, namun, tuah tidak menyebelahinya, dia kalah teruk pada pertaruhan kali ini, dan telah mengikat hutang yang terlalu banyak.

fikirannya buntu, lantas dia membuat keputusan untuk meminjam wang dari Ah-Long.

setelah berjaya meminjam wang dari Ah-Long, dia boros berjudi, kadangkala menang, kadangkala kalah..sehinggalah habis duitnya dipertaruhkan..

Ah-Long tidak berpuas hati kerana hutang yang diberikan masih belum dilangsaikan … lantas Ah-Long menyuruh orang suruhannya untuk memaksa Kasim untuk membayarnya. akibatnya, kasim dibelasah teruk….beliau terlantar ditepi jalan..

Hidayah Allah menyapanya… dua orang remaja telah menjumpainya dan membawa untuk diubati dan dibimbing..akhirnya, beliau telah bertaubat dan berazam untuk tidak berjudi lagi..

Kump 3 : Sesalan Pembuli

Sekumpulan Remaja yang suka membuli telah membuli dan merampas wang dari dua orang pejalan kaki.. lalu mereka bergembira dengan wang tersebut..

pada malam tersebut, kesemua mereka bermimpi satu mimpi yang sama.. mimpi diazab atas perbuatan buli yang mereka lakukan.. mereka berazam untuk memintak maaf dan bertekad untuk berubah dan bertaubat..

keesokkan harinya, mereka mencari dua remaja yang mereka buli semalam. mereka meminta maaf diatas perbuatan mereka , dan menjelaskan apa yang mereka alami semalam.

Kump 4 : Taubat Sulaiman

Disebuah sekolah, terdapat seorang pelajar bernama Sulaiman, pada mulanya beliau seorang pelajar yang cemerlang. mendapat no 1 setiap tahun, dan baik hati… namun.. sejak bersama dengan syifa` ,peribadinya semkin hari semakin berubah.

Permulaannya, syifa` hanya mengajak sulaiman ponteng sekolah, tapi kelamaan, pengaruh syifa` terhadap sulaiman semakin menjadi-jadi..mereka mula menghisap rokok, mengambil dadah, bergaduh, minum arak dan banyak lagi…

namun segalanya berubah dengan satu peristiwa kemalangan jalan raya.. syifa` telah meninggal dunia.. tinggal sulaiman yang menyesal dengan perbuatannya…setiap malam, dia bermimpi diazab dan diseksa oleh Api neraka…

Setelah lima tahun berlalu, Sulaiman telah menjadi seorang hafiz, dan menjadi penceramah yang terkenal… beliau sentiasa menasihati para remaja untuk tidak mengikut jejak langkahnya, kerana seegala yang dilakukan itu tiada gunanya, bahkan membawa kepada kesengsaraan dikemudian hari..

KESIMPULAN

Sapaan nilai hidayah taufik  itu tidak diketahui bilakah ianya akan menjelma, namun…ianya bukanlah perkara ajaib yang akan datang apabila kita kehendaki.. tetapi ianya hanya akan datang apabila segala tenaga dalaman dikerahkan untuk mendapatkannya.. ingatlah pesan Allah kepada Nabi Muhammad SAW :

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

[Al-Qasas : 56]