Ramai dikalangan kita cukup beremosi apabila berbicara soal politik : pembangkang dan kerajaan. namun, perkara ini perlu diselesaikan dengan tenang dan rasional, supaya, setiap tindakan yang digerakkan dipacu dengan pacuan yang benar .satu pihak mendakwa , pihak pembangkang tidak perlu wujud di Negara kita, namun di pihak yang lain pula mengatakan, pembangkang wajib diwujudkan bagi menstabilkan kerajaan.

bangkang

PERANAN PEMBANGKANG

1)    Membetulkan kesilapan kerajaan

Tun Dr Mahadhir Mohammad berpandangan : pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

Kenyataan ini amat tulus dan benar, kerana badan pemerintah melihat setiap keputusan yang dilakukan hanya dengan satu pandangan sahaja. Mungkin mereka melihat kebaikan suatu tindakan itu banyak tanpa memikirkan akibat keburukannya yang  boleh memusnahkan Negara.

Contoh terdekat yang dapat dinilai adalah, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) .

PPSMI

Ianya dimansuhkan pada tahun 2009, dan dijangkan mansuh sepenuhnya pada tahun 2012. Pemansuhan program ini adalah dari desakan pelbagai pihak, terutamanya pihak pembangkang. Dengan itu, kita melihat bahawa peranan pembangkang dalam perkara ini amat releven dan membantu bagi menjaga sensitiviti Negara.

2)    Memberi cadangan nasihat  pembaikan Negara

Kerajaan yang dibina atas kekuatan saling bantu membantu antara rakyatnya, akan membawa kepada dimensi kejayaan dan kemajuan yang berteraskan penyelarasan pemikiran yang benar. Walaupun, pihak pembangkang tidak memerintah Negara, mereka berhak memberi pandangan yang bernas terhadap kebaikan Negara.

Pada tahun 2009, satu perdebatan yang hangat telah berlansung diantara Datuk Seri Anuar Ibrahim bersama Datuk Shaberi Chik bagi merungkai permasalahan minyak yang semakin meningkat saban hari.

anuar shabery

Pandangan pihak pembangkang, yang diwakili DSAI telah membuka pemikiran pelbagai pihak, sekalipun dari pihak kerajaan.  Negara kita merupakan pengeluar minyak yang berkualiti, dan cadangan kepada pihak kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak, adalah releven.

3)    Memberi resolusi terhadap kesilapan kerajaan

Kerajaan bukanlah suatu kuasa yang besar dan bijak sepenuhnya. Setiap tindakan mereka yang dilakukan tidak semestinya tepat dan benar. Mungkin banyak yang benar, tetapi, pastinya mempunyai kelemahan yang perlu ditampung oleh pihak lain. Siapakah pihak itu? Pastinya rakyat yang tidak sebulu dengan mereka. Pembangkang.

Oleh itu, pembangkang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kestabilan Negara ! namun, jangan dilalaikan pula peranan pihak lain dalam memastikan kecemerlanga, kegemilangan dan keterbilangan Negara.

PERANAN KERAJAAN

Menurut Muhammad Asad, Pemerintah yang dipilih, perlu melakukan perkara-perkara berikut:

Menyediakan sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut; dan Menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan maruah diri (dignity).”

[Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms 86 dan 87]

Amalan khalifah Umar juga boleh dijadikan panduan mengenai peranan Kerajaan dalam memastikan setiap rakyat menikmati faedah pembangunan secara saksama.

Di masa pemerintahannya, Saidina Umar r.a. telah menubuhkan satu jabatan yang dinamakan dĩwãn untuk menjalankan bancian penduduk. Berasaskan maklumat bancian tersebut, Kerajaan di bawah pimpinan Saidina Umar r.a. telah mewujudkan satu skim pencen tahunan dan diberikan kepada golongan yang memerlukan, terutama:

(a) wanita yang kematian suami dan anak yatim,

(b) mereka yang berjuang kerana Islam, di mulai dengan wanita yang kematian suami dalam perang menegakkan kepentingan Islam dan

(c) mereka yang cacat anggota, sakit dan orang tua.

miskin

Malah Saidina Umar r.a. pernah berkata bahawa jika umur beliau panjang, beliau akan menyediakan peruntukan kewangan untuk gembala kambing yang tinggal di gunung-ganang supaya mereka juga dapat menikmati sebahagian daripada kekayaan negara. Ini bermakna, Kerajaan perlu memastikan setiap rakyat menikmati kekayaan negara secara saksama. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, bantuan secara langsung merupakan satu pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan ini.

Jika dibandingkan pandangan barat dengan Islam mengenai peranan Kerajaan, kita akan dapati tiada banyak perbezaan di antara mereka. Umpamanya, Musgrave memberikan tiga fungsi utama Kerajaan iaitu fungsi peruntukan (allocation), agihan (distribution), dan kestabilan (stabilization).

 Fungsi peruntukan bertujuan untuk menyediakan kemudahan awam bagi keperluan rakyat. Fungsi agihan bertujuan untuk memastikan semua rakyat menikmati kekayaan negara. Akhir sekali, fungsi kestabilan untuk memastikan agar semua rakyat yang ingin bekerja diberi peluang pekerjaan dan menentukan supaya paras harga berada di paras stabil.

[PERANAN KERAJAAN DALAM DASAR PEMBANGUNAN NEGARA, Seminar Indeks-Indeks Pembangunan Dari Perspektif Islam, 28-29 Ogos 2004, Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah]

PERANAN PEMUDA

Perubahan yang diinginkan bersama adalah perubahan yang komprehensif dan substantif, meliputi seluruh bidang kehidupan dan sisi normatif bagi seluruh umat. Bukan sekadar perubahan yang sifatnya sementara, yang pada akhirnya akan kembali melahirkan masalah-masalah baru. Untuk itulah sangat diperlukan peranan pemuda yang bersungguh-sungguh dalam melakukan perubahan.

Ada kontribusi lain yang boleh diberikan kepada Islam dan umat ini, iaitu tenaga dan amal yang dilakukan oleh para pemuda. Seorang mukmin dalam perspektif Al Qur’an digambarkan sebagai manusia yang dinamik, progresif dan produktif. Dia senantiasa memiliki daya juang dan daya penggerak dalam menebarkan nilai-nilai kebenaran yang telah diyakininya. Begitu juga memiliki prinsip istiqomah dalam amanah yang telah dipikulnya. Bekerja adalah budayanya, berkorban adalah nalurinya dan fitrahnya adalah keberanian. Selalu tegar dan tidak pernah gentar dalam menebarkan nilai kebenaran dan kebaikan. Beramal dan bergerak juga merupakan indikator kebaikan hidup bagi seorang pemuda islam. Karena semua yang bergerak dan beramal akan mendatangkan kemashlahatan dan kebaikan.

presentation1

“sesungguhnya, islam mampu berjaya apabila ada umat yang kuat, keikhlasan yang penuh di jalannya, hamasah yang membara dan adanya persiapan yang melahirkan tadhhiat (pengorbanan) dan amal untuk merealisasikannya. Dan hampir-hampir empat perkara ini (iman, ikhlas, hamasah dan amal) merupakan karakteristik bagi para pemuda. Karena dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang suci, dasar hamasah adalah syu’ur yang kuat dan dasar amal adalah ‘azm menggelora.”

( Hasan Al Banna)

[ketua Kompetensi KAMMI Pusat]

Pemuda harus bergerak, memajukan Negara ini, dan juga islam yang kita dambakan!

Tuntasnya, semua pihak berperanan penting dalam memastikan kejayaan, dan kecemerlangan Negara. Jangan biarkan Negara kita tidak terkawal dan dikawal oleh kuasa lain.