Hari ini 21 Mac 2011, merupakan detik-detik penghujung saya di Malaysia. InsyaAllah, awal April saya akan bertolak kembali pulang ke bumi pengajian saya, Mesir. Pelbagai perancangan akhir telah saya susun bagi memastikan, keberadaan saya di bumi Malaysia tidak disiakan dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda :

Dua nikmat yang sering dilalaikan oleh manusia,: Waktu sihat dan waktu lapang

[Diriwayatkan oleh :Bukhari (6049), Turmizi, Ibnu Majjah]

masa..

Dengan demikian, waktu lapang yang saya ada ini akan dipastikan, ianya berlalu dengan landasan yang betul.

ZIARAH

Bagi saya, tempat-tempat berikut, perlu saya lawati :

1-      Maahad At-Tarbiah al-Islamiah (MATRI) Beseri, Perlis

2-      Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) Kluang, Johor.

3-      Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Pengkalan Chepa,Kelantan.

4-      Sekolah Menengah Ibnu Khaldun (SMIK), Shah Alam, Selangor.

Saya juga bertekad, akan menziarahi seluruh ahli keluarga saya yang berada di seluruh negara.

kluargaku

Kak Fatimah, Abang Bukhori, Kak Maya, Abang Mat, Abang Fendi, Abang Muslim, Kak Zaharah, Abang Im, Syakir, Fatih dan Huzaifah  - saya telah sempat berjumpa mereka.

Yang masih belum hanyalah Abang Fauzi sahaja. Mungkin dalam beberapa minggu lagi saya akan menziarahi beliau dan keluarga.

MENCARI DANA KEWANGAN

Ya, masalah kewangan adalah perkara yang membimbangkan saya ketika berada di Mesir. Ibu dan ayah, terpaksa bekerja membanting tulang membantu pengajian saya disana. Ayah telah uzur, ibu juga sudah menampakkan tanda keletihan yang teramat sangat. Terasa menyesal tidak menabung ketika kecil.

Syukur kepada Allah SWT, ada beberapa individu dan badan yang ikhlas membantu sedikit sebanyak kewangan saya disana, namun, ianya masih belum mencukupi  jika dikira purata bersih perbelanjaan TERDESAK saya disana.

le mesir

Bulanan, saya perlu mengeluarkan duit untuk bayaran Sewa rumah, servis internet, makanan, tambang perjalanan, buku-buku dan juga keperluan harian yang lain. Semuanya LE 850 ( RM 435.60) .

Tahunan pula, saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM200 bagi yuran Universiti dan Buku-buku kuliah. Ianya cukup murah bagi keluarga yang berpendapatan tetap... tetapi, bagi keluarga yang tidak berpendapatan tetap seperti saya...ianya cukup merisaukan..

Oleh itu, saya memohon kepada seluruh sidang pembaca..jika anda mempunyai wang yang lebih untuk dibelanjakan, silalah menyumbang kepada saya :

MOHD SHAHABUDIN BIN MD YATIM

(MAYBANK)

159012872968

( BSN )

0920041000024844

IMTIHAN YANG SEMAKIN HAMPIR

Dalam pertengahan bulan Mei, peperiksaan penggal dua, akan bermula. Namun, persediaan apa yang telah dilakukan? Bacaan buku kuliah?? Buku masih belum beli lagi... menghadiri kuliah pensyarah?? Diri masih di Malaysia... apa yang boleh dilakukan untuk peperiksaan yang akan menjelang?

Mungkin.. hafalan Al-Quran , juzuk ke-2.

Saya akui, kemahiran hafalan dan ingatan saya tidak terlalu baik dan cemerlang, oleh itu, saya akan pastikan diri saya mampu untuk menghafal juzuk itu dalam tempoh berada di Malaysia..

al-quran

Semoga, setiap apa jua yang kita rancang dan kita lakukan hari ini, akan membuahkan hasil di Akhirat kelak...