Setiap manusia di muka bumi ini pastinya mempunyai seseorang yang mampu dijadikan sebagai contoh ikutan yang terbaik dalam kehidupannya. Di dalam bahasa melayu, orang ini dipanggil “Idola”. Di sekolah-sekolah, kita digesa untuk mempunyai seseorang untuk dijadikan sebagai idola.

musly

Anda pastinya mengenali Musly Ramlee.. beliau begitu terkenal kerana begitu fanatik dengan gaya dan perwatakan P.Ramlee, sehinggakan saudara Musli berjaya memenangi sebuah pertandingan meniru gaya P.Ramlee. beliau merupakan contoh terbaik dalam kita menterjemahkan maksud Idola ini.

Kesimpulan awal, kita dapati , idola adalah seorang yang boleh memberi kesan dalam kehidupan orang lain. Realiti kita melihat, sekiranya seseorang itu menyukai pemain bola, pastinya rambut, kasut, dan gayanya cuba ditiru supaya sama seperti idolanya.

Idola mempunyai peranan yang hebat dalam membentuk paradigma manusia!

CIRI-CIRI IDOLA

  1. Mempunyai Akhlak Peribadi yang baik
  2. Di didik oleh orang yang lebih baik darinya
  3. Mampu merubah dirinya sendiri dan orang lain kepada suatu keadaan yang lebih baik
  4. Mempunyai pemikiran yang jauh
  5. Mempunyai nilai prinsip tersendiri

SIAPA IDOLA MUSLIM?

Persoalannya, selaku seorang muslim.. Siapakah idola kita? Siapakah yang sepatutnya kita jadikan setiap perlakuannya sebagai ikutan dan contoh tauladan?

images

Adakah Charls Dawin yang mengeluarkan teori manusia berasal dari beruk? Atau Ayah Pin yang berpegang bahawa semua agama dalam dunia ini sama ? atau Pak Cik Kahar yang mendakwa dirinya sebagai nabi umat melayu?

Pastinya tidak! Seorang manusia yang mampu menjadi contoh dalam satu bidang sahaja, tidak layak menjadi idola, kerana dia hanya boleh menjadi contoh dalam satu bidang sahaja, tidak dalam bidang yang lain…

Habis.., siapakah idola kita?

Contoh ikutan utama seorang muslim adalah Muhammad bin Abdullah SAW! Seluruh kehidupan baginda adalah penunjuk asas pendidikan kehidupan seorang manusia. Baginda menjadi contoh selaku hamba Allah, anak, suami, bapa, pemerintah, hakim, ketua agama, ketua tentera, dan lain-lain lagi.. seluruh kehidupan baginda adalah contoh yang semestinya menjadi panduan ikutan setiap orang islam, lelaki dan wanita.. kanak-kanak dan orang dewasa.. baginda adalah sebaik-baik contoh tauladan..

Allah SWT berfirman :

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan terbaik bagi kamu wahai umat islam

[Al-Ahzab : 21]

MARI MENJADI IDOLA MANUSIA!

Setelah kita mengenali idola kita, kita pula, perlu mejadi idola kepada orang lain.. jika tidak, kita belum menghayati pengidolaan kita itu.. Musly Ramlee telah membuktikan pengidolaannya kepada P.Ramlee.. persoalannya,bagaimanakah kita? adakah kita telah membuktikan kita boleh menjadi idola sepertimana Rasulullah menjadi idola kita??

Fedaak-Net-WallPaper-14

Tuntasnya, marilah kita sama-sama berfikir dengan lebih mendalam tatkala memilih seseorang untuk dijadikan idola dan ikutan dalam kehidupan kita. kesilapan kita memilih , akan membawa kepada pembentukan masa depan yang akan menyesakkan..

 

fikir-fikir-fikir dan fikir… Smile