Kita selalu tersalah sangka mentari nan sentiasa bersinar..bulan sentiasa pula akan terbit setelah menjelang malam.. tidakkah kita mengetahui, matahari itu hanya akan menyinar pada cuaca yang baik, tidak pada hari mendung? Begitu juga bulan yang mengikut keadaan cuacanya?

dark sun

Hidup sentiasa diduga dengan pelbagai ujian dan cabaran. Barangsiapa yang lemah dan longlai, pastinya akan kalah dan terus mengalah dari medan kehidupan. Namun, jika matlamat telah jelas, harapan penuh tekad, perjuangan telah menjadi langkah-langkah dalam tarian aspirasi, pastinya segala rintangan dan dugaan itu hanyalah umpama sebuah benteng kayu yang rapuh, bisa dipijak sehingga runtuh.

Dalam kesibukkan menguruskan detik-detik kepulangan semula ke bumi kinanah, saya sedikit lalai dengan beberapa tanggungjawab .tanggungjawab pengurusan diri, masa dan keluarga… demikianlah bermulanya kealpaan saya apabila kad bank hilang, talifon bimbit  tercicir .. dan sebagainya…

Namun, saya peringatkan diri sendiri.. bahawa setiap ujian yang mendatang itu adalah sebuah permata yang Allah SWT kurniakan kepada setiap hambanya…

PESAN JUNJUNGAN

Di dalam satu riwayat hadis, Rasulullah SAW bersabda :

Tidak ada seorang pun orang mukmin yang ditimpa kesusahan musibah, lalu dia berkata sepertimana yang diperintahkan Allah :

مصيبة

“Sesungguhnya kami ini milik Allah dan hanya kepada-Nya kami akan kembali, ya Allah berilah aku pahala dari musibah yang ku alami ini dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya.”

Kecuali Allah akan menggantikan padanya suatu yang lebih baik daripada musibah itu.

[HR MUSLIM 632/2]