Al-Bidayah Wan Nihayah ( Detik Mula dan Detik Akhir ) merupakan sebuah karya ilmiah dalam kategori Sejarah Islam. Ensiklopidia Sejarah ini ditulis oleh Imam Ibnu Kathir, Ismail Bin Umar Ad-Dimasyqy [Meninggal pada tahun 774 H].

sejarah

Ensiklopidia ini juga ditulis berdasarkan adaptasi dari pegangan akidah agama Islam. Ianya adalah bentangan sejarah silam dari permulaan penciptaan manusia sehinggalah ke akhir hidup mereka. Di mulakan dengan pengkisahan kejadian langit-langit dan bumi, serta malaikat dan Nabi Adam AS. Kemudian, penceritaan dihebatkan lagi dengan kisah-kisah para nabi secara ringkas, dan ditelitikan pula dengan hadis sejarah sejak kebangkitan Nabi Muhammad SAW sehingga tahun 767 Hijrah .

kitab

Buku ini juga ditulis secara bab mengikut tahun. Disebutkan setiap hadis sejarah pada setiap zaman. Ditambah juga, pendedahan kematian tokoh-tokoh pada setiap tahun.

Buku ini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran dalam terjemahan Bahasa Melayu. Namun, jika ada yang mengingini buku asal dalam bahasa arab, anda boleh mendapatkannya dalam bentuk format PDF dengan harga RM 12 , klik gambar berikut.

download

21 jilid buku ini jika dibaca dan dijadikan rujukan, pastinya ianya cukup membantu para pendakwah dalam berbicara sejarah umat islam dengan tepat dan selamat.

Jauhilah bacaan buku yang banyak berunsurkan tahyul dan dongengan, kerana ianya tidak membuahkan apa-apa manfaat.

Semoga Allah sentiasa membantu kita. Amin..