“Masa semakin hampir. 18 April 2011 telah pasti. Apa yang diperlukan cumalah semangat perjuangan dan hubungan kuat antara hamba dan pencipta.”

Demikianlah status terbaru di halaman FaceBook saya.

Setelah lebih dua bulan saya kembali ke tanah air, akhirnya penantian untuk pulang ke Madinatul Ilmi terjawap sudah. Melihat wajah teman-teman yang telah berada di sana, membuat hati meruntun gertak, jiwa memberontak paksa.

gulf_air_hero

Jika dikira dengan nilai kewangan, pastinya kemampuan saya untuk pulang ke mesir amatlah lemah sekali. Namun, berkat bantuan dari pihak Istana Perlis, BaitulMal, Badan Kepimpinan Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir (KPP), MATRI dan kedua Ibu bapa saya, saya begitu yakin menggenggam seribu tabah pulang ke sana.

MASEJ BAHAGIA!

Terima kasih kepada badan kepimpinan KPP , kerana dengan usaha mereka yang tak henti-henti dalam menjaga kebajikan ahli, telah berhasil membawa pulang semula SEMUA penuntut ilmu ,ahli KPP ke Mesir. Demikianlah komitmen dan nilai tanggungjawab yang murni , yang berjaya ditonjolkan oleh semua Ahli Jawatan Kuasa Badan Kepimpinan KPP. Tahniah!mykpp

Inilah masej yang saya ambil dari facebook YDP KPP, Ustaz Syed Aisam :

*************************

Maklumat Pertama :

Perhatian buat semua ahli Keluarga Pelajar pelajar Perlis (KPP) Mesir yang yang mendaftar untuk pulang dalam Program Penghantaran Pulang Pelajar Perlis Mesir Siri Kedua seramai 64orang

Berikut adalah maklumat awal mengenai proses tersebut....

Masa dan Tarikh penerbangan : 10.55 pg / 19 April 2011

Hari: Selasa

Penerbangan : Kapal Terbang Gulf Air

Berat Bagasi yg Di benarkan : 30 kilo

Maklumat Kedua :

Status Tiket : Semua Tiket Comfirm

Jumlah pelajar : 64 orang

Pangkutan ke KLIA : Bas disediakan Oleh Kerajaan Negeri Perlis

Maklumat penting: Semua pelajar akan berkumpul di Kompleks Dun Negeri Perlis pada 18 April ( Hari Isnin ) pada waktu malam.( masa akan diberitahu kemudian )Harap maklum. Sebarang masalah sila hubungi ...ana.... Syed Aisam di talian 016-2815354

Syukran......

*************************

Subhanallah.. setinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT.. kerana Dia memberi kesempatan lagi kepada saya dan rakan-rakan lain untuk terus menimba ilmu pengetahuan. Serta berusaha menjadi insan bimbingan rabbani yang terbaik!

MOTIVASI DARI RASULULLAH

Teringat kembali sebuah pesanan Rasulullah SAW :

 Daripada Ibnu Abbas RHM berkata : " Rasulullah SAW telah ditanya ; Wahai Rasulullah, majlis yang bagaimanakah yang terbaik bagi kami? Rasulullah bersabda ; majlis yang dihadiri oleh orang yang kamu akan mengingati Allah apabila melihatnya, bertambah ilmu kamu setelah mendengar kata-katanya dan apabila kamu melihat amal perbuatannya, kamu akan mengingati akhirat"

[ Hadis 160 – Kitab Tarhib wa Targhib]

شهاب0674

Doakan kejayaan kami di sana!! Semoga Allah permudahkan urusan kami dan menerangkan hati kami untuk menerima segala curahan ilmu dari masyayikh yang berada di sekitar bumi keilmuan itu.. Amin Ya Rabb!!