Header Ads

test

Teguran Terbaik Rasulullah Kepada Muawiyah Bin Al-Hakam

Daripada Muawiyah bin Al-Hakam As-Salami, Dia telah berkata : aku telah berkata , wahai Rasulullah sesungguhnya kami baru sahaja meninggalkan masa jahiliah, kemudian Allah mendatangkan Islam kepada kami. Dalam kalangan kami, ada golongan lelaki yang “menilik burung”, Rasulullah berkata : perkara itu adalah sesuatu yang mereka dapati dari dada-dada mereka , maka janganlah menghalangi mereka. Ada pula dikalangan kami yang mendatangi bomoh, Rasulullah berkata : janganlah kamu mendatangi mereka. Dia berkata lagi , Wahai Rasulullah ada juga dikalangan kami yang menilik menggunakan tulisan, Rasulullah berkata : sesungguhnya, ada seorang nabi dikalangan para nabi yang menilik dengan tulisan, barangsiapa yang bersesuaian dengan tulisannya maka itulah –dibolehkan : penterjemah-

النصيحة

CARA RASULULLAH MENEGUR

Tatkala aku bersama dengan Rasulullah SAW dalam satu solat, dan [terdengarlah petanda] lapar dari seorang lelaki yang berjemaah. Aku berkata : Semoga Allah merahmati kamu, lantas para Jemaah memandang kearahku, lalu aku berkata : apa lagi yang kamu pandang padaku? Dia berkata : lalu para Jemaah mencubit paha mereka, apabila aku melihat mereka mencuba untuk mendiamkan ku, aku berdiam diri. Apabila Rasulullah selesai menunaikan solat, baginda memanggilku bersama-sama ayah dan ibuku, Baginda lansung tidak memukulku, tidak juga mencercaku, mahupun mencaciku. Tidak pernah aku melihat seorang guru sebelumnyatau sesudahnya yang lebih baik pengajarannya berbanding baginda. Baginda berkata : sesungguhnya solat kita ini tidak diterima padanya kata-kata manusia, bahawa sesungguhnya, ianya adalah tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.

PENYELESAIAN BIJAK RASULULLAH

Muawiyah berkata : Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku keluar dan melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah”

nabi muhammad

Hadis ini dikeluarkan oleh : Imam Muslim, Abu Daud dan An-Nasaiie

Pengajaran dari Hadis :

1-      Kita perlu belajar untuk berubah, supaya perubahan itu tepat dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya

2-      Rasulullah merupakan contoh teladan yang terbaik

3-      Orang yang bersolat, tidak dibenarkan untuk bercakap-cakap ketika solat

4-      Kita hendaklah bijaksana dalam menegur kesalahan manusia

5-      Aqidah adalah perkara utama dalam agama islam

1 comment:

  1. Jalan Perubahan Tanpa Pilihanraya Demokrasi Sekular Warisan Penjajah Kafir Laknatullah Lord Reid ke Jalan Perubahan Khilafah Ala Minhaj An Nubuwwah.

    Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.