Dia adalah Muawiyah bin Al-Hakam bin Malik bin Khalid bin Sakhrin bin Al-Syarid al-salami

Kehidupan beliau bersama Rasulullah

Daripada Muawiyah bin Hakam As-Salami (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata: “Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah

[ Hadis Muslim]

sahabat

Hadis-Hadis dari Jalur Muawiyah

Dari Muawiyah binAl-Hakam As-Salami, bahawa dia telah bertemu Rasulullah SAW, lantas berkata : Wahai Rasulullah,aku ingin bertanya padamu suatu perkara yang tidak akan aku tanyakan kepada seorang pun setelahmu. Siapakah bapa kita ? Rasulullah berkata : Adam,dia bertanya lagi :  Siapa ibu kita? Rasulullah berkata : Hawa`, dia bertanya lagi : siapakah bapa jin? Rasulullah berkata : Iblis , dia bertanya lagi : maka siapa pula ibu mereka? Rasulullah menjawab : perempuan-perempuannya.

[Mukjam Al-Awsat]

Dari Muawiyah bin al-Hakam AS-Salami berkata : Aku berkata : Wahai Rasulullah aku adalah seorang lelaki yang telah berjanji tetapi, aku telah menyesal dengan janji tersebut, lalu berkata Rasulullah SAW : barangsiapa yang telah berjanji  akan tetapi dia melihat ada yang lebih baik, maka buatlah yang lebih baik itu dan tunaikan kafarah terhadap janji tersebut

[Mukjam Al-Awsat]