Sebuah persoalan yang sering disebut-sebutkan oleh ramai orang sejak kebelakangan ini. Ada di kalangan mereka itu yang mempunyai jawapan, ada juga yang tidak mempunyai jawapan. Kami akan jelaskan metode ini. Sehingga sahabat-sahabat kami sesama Islam akan memahami agamanya dengan jelas sekali.

dimana jalan kita

Soalan : Apakah yang dimasudkan dengan (( Salafiah ))?

Jawapan : (( Salafiah )) disandarkan kepada  golongan Salaf, iaitu para sahabat, Tabiin, dan Tabi` Tabiin dari kurun-kurun pertama yang terbaik. Nabi SAW telah menyebutkan keunggulan mereka, Baginda bersabda :

Sebaik-baik manusia adalah dalam lingkungan kurunku ( para sahabat ), kemudian manusia yang mengikuti mereka  (Tabiin), kemudian manusia  yang mengikuti mereka (Tabi` Tabiin).

[Riwayat Muslim, 2533]

Allah SWT telah menjadikan metode para sahabat sebagai ukuran dan  timbangan. Allah SWT berfirman bermaksud :

Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu).

[Al-Baqarah :137]

Oleh itu, Salafiah adalah : Kembali kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dengan kefahaman Salafus Soleh, ianya adalah pada perkara akidah, ibadah, akhlak dan mencakupi segala sistem kehidupan.

Soalan : Siapakah pengasas (( Salafiah ))?

Jawapan : Salafiah tidak diasaskan oleh seorang manusia. Oleh itu, ianya tidak seperti  jalan-jalan dan mazhab-mazhab lain yang diambil dari seseorang ulamak mahupun pemikir. Sesungguhnya, ianya adalah Islam itu sendiri, Al-Quran dan Al-Sunnah sepertimana yang Allah SWT turunkan kepada utusan-Nya dengan kefahaman yang benar dari segi ilmu dan amalan.

jalan yang benar

Soalan : Kenapa dinamakan (( Salafiah )), tidak cukupkah dengan Firman Allah Ta`ala yang bermaksud:  Dia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu [Al-Hajj: 78] ?

Jawapan : Penamaan Salafiah tidaklah menukar nama Islam. Menetapkan suatu nama kepada apa-apa hakikat yang  tidak merubah bentuknya, mempunyai dua syarat :

Pertama : Nama tersebut tidak mengandungi perkara yang  dilarang oleh syarak

Kedua : Tidak fanatik yang tercela dengan nama ini.

Tujuan dari penamaan ini adalah bagi membezakan Ahli Sunnah dari kesemua kelompok bertentangan. Ianya disebutkan oleh Rasulullah SAW :

Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, kesemua mereka akan masuk ke dalam Neraka kecuali satu golongan : Sahabat bertanya : Siapakah mereka, wahai Rasulullah? Baginda bersabda : golongan dimana aku dan sahabat-sahabatku berada.

[Silsilah As-Sahihah:1348]

Panduan Nabi ketika berselisih :

Barangsiapa dikalangan kamu yang hidup selepas aku , akan melihat perselisihan yang banyak sekali, maka berpeganglah dengan Sunahku dan sunnah Khulafak Ar-Rasyidin  al-Mahdiyin, berpegang teguhlah kamu dengannya. Gigitlah ia dengan gigi garhammu. Berjaga-jagalah kamu dengan perkara-perkara baru (dalam agama), sesungguhnya setiap perkara baru itu Bidaah, dan setiap Bidaah itu sesat.

[Sahih Al-Jami` :2549]

Ibnu Masud RA berkata :

Sesungguhnya kamu menghadapi hari-hari kamu dalam fitrah. Dan kamu akan berhadapan dengan perkara baru (dalam agama), jika kamu melihat perkara baru, maka kembalilah melihat zaman awal.

Salafiah itu dirujuk kepada metode sebelum ianya dirujuk kepada individu.

Baelle

Soalan : Apakah cara fikir (( Salafiah ))?

Jawapan : (( Salafiah )) berada ditengah-tengah diantara dua pihak yang bertentangan : di tengah-tengah antara pihak yang menggunakan akal semata-mata dan yang mendahulukan akal berbanding hujah syarak. Disisi pendokong Salafi ; akal hanyalah satu alat untuk memberi persepsi dan memahami hujah syarak. Ianya bukanlah hujah otonomi dalam penggubalan hukum syarak. Begitu juga, mereka berkeyakinan bahawa , tiada pertentangan yang jelas antara hujah syarak yang benar dengan akal yang sihat. Kadangkala , hukum syarak itu menghairankan akal, tetapi ia tidak datang dengan memberi kemustahilan pada akal.

Soalan : Apakah sikap (( Salafiah )) terhadap kemajuan harta benda dan ketamadunan moden ?

Jawapan : Sesungguhnya ((Salafiah)) berkomunikasi dengan manusia seperti satu kesatuan yang saling menyempurnakan dari segi harta benda dan rohani. Jika kemodenan barat didahalui dari segi harta benda dan ilmu makmal , tetapi meninggalkan aspek rohani. Maka kemajuan dalam Islam mendahulukan Akhlak  dengan mengambil juga aspek pembangunan harta benda dalam urusan kehidupan.

Kami mahu mengajak manusia kembali kepada orang yang mendahalui kita, ini tidak bermakna kembali kepada kaedah-kaedah zaman dahulu dan tahap kehidupan zaman itu. Ianya seperti mana yang dijelaskan oleh setiap guru sejarah, bahawa apabila umat Islam mempunyai kekuatan dalam keyakinan akidah mereka, mereka akan menjadi manusia yang paling maju , makmur dan terhormat. Oleh itu, ((Salafiah)) tidak menentang kemajuan.

methode

Soalan : Apakah sikap (( Salafiah)) pada sistem hidup moden?

Jawapan : Perlu dibahagikan metode kehidupan itu kepada metode penggubalan syarak dan metode perlaksanaan.

 ((Salafiah)) menolak metode penggubalan syarak  yang berkait dengan taktik undang-undang yang bercanggah dengan syarak. Kerana penggubalan syarak adalah hak sepenuhnya Allah SWT. Allah Taala berfirman , yang bermaksud :

Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.

[Yusuf:40]

Ada pula metode perlaksanaan yang dikehendaki oleh taktik undang-undang , yang menyusun hal kehidupan manusia, seperti undang-undang trafik. Pendokong-pendokong ((Salafi)) memberi sokongan terhadapp metode ini. Mereka juga saling bantu membantu dalam perrkara tersebut, pada perkara yang mewujudkan kebaikan kepada seluruh umat Islam.

moden

Kemudian, ((Salafiah)) berpegang teguh dengan kefahaman Islam yang benar – secara menyeluruh ;  dengan tidak meninggalkan sebarang permasalahan (Qadhiah) , kecuali permasalahan yang berkaitan dengan prinsip. Sama ada permasalahan dengan individu atau kumpulan, di majid atau pasar, dalam politik dalaman atau luaran, dengan zakat atau ekonomi . Allah Taala berfirman :

Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.

[Al-Maidah:3]

Soalan : Apakah yang dikehendaki oleh pendokong ((Salafi)) ?

Jawapan : pendokong (( Salafi)) mahu mengajak manusia beribadah semata-mata kepada Tuhan Semesta Alam, berpolitik di dunia ini dengan panduan agama. Meninggikan kata-kata Allah di muka bumi. Dan berusaha mewujudkan kepimpinan bijak yang memimpin dunia dengan cahaya wahyu dalam memajukan keilmuan dan praktikal. Sejarah umat islam adalah saksi yang terbaik dalam kehendak ini.

Dirujuk kepada : As-Syeikh Dr Yassir Burhamy.

Artikel Asal : السلفيون من هم و ماذا يريدون ؟

شهاب2134شهاب2135

Penterjemah : Syihabudin Ahmad [abudujanah_89@yahoo.com]