Fadhilatul Al-`Alamah Dr Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia telah ditanya tentang sikap Islam terhadap sesuatu yang di namakan “Hari Raya Ibu” : yang dirayakan sebahagian orang pada 21 Mac setiap tahun. Adakah perayaan ini haram. Al-Alamah al-Qaradhawi telah membalas pertanyaan tersebut. Beliau berkata :

بسم الله ، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله ، وبعد ..

Sejarah tidak pernah mengenal adanya agama atau sistem yang menghargai keberadaan wanita sebagai ibu yang lebih mulia daripada Islam.

ibu burung

Sungguh Islam telah menegaskan wasiat (pesan penting) terhadap wanita dan meletakkan wasiat itu setelah wasiat untuk bertauhid kepada Allah dan beribadah kepada-Nya. Islam juga menjadikan berbuat baik kepada wanita itu termasuk sendi-sendi kemuliaan, sebagaimana telah menjadikan hak seorang ibu itu lebih kuat daripada hak seorang ayah, karena beban yang amat berat ia rasakan ketika hamil, menyusui, melahirkan dan mendidik. Inilah yang ditegaskan oleh Al Qur'an dengan diulang-ulang lebih dari satu surat agar benar-benar difahami oleh kita anak manusia. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[Luqman:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

[Al-Ahqaf:15]

Datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan bertanya : siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik padanya? Baginda bersabda: “Ibumu”. Dia bertanya lagi; kemudian siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi; kemudian siapa? Rasulullah menjawab lagi: Ibumu. Kemudian, Dia bertanya lagi; kemudian siapa? Rasulullah menjawab: “Bapamu”

[Muttafaqun Alaih]

Al-Bazzar meriwayatkan , bahawa seorang lelaki mendokong ibunya ketika bertawaf. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. , Adakah aku telah menunaikan haknya (sepertimana yang telah dia lakukan padaku)? Baginda menjawab : “Tidak, walaupun hanya satu keluhan!” [Riwayat Thabrani] … iaitu keluhan kesakitan , melahirkan dan sebagainya.

MARTABAT IBU DALAM ISLAM

Berbuat baik kepada ibu di dalam Islam membawa maksud: Berbuat baik kepada rakan-rakannya, cinta yang mendalam padanya, mengurangkan kesusahannya, mentaatinya pada perkara yang tidak maksiat, meminta redhanya pada setiap perkara. Sehinggakan jihad, sekiranya pada ketika itu hukumnya fardhu kifayah, tidak dibolehkan keluar jihad kecuali setelah mendapat keizinan dari ibunya. Ini menunjukkan berbuat baik kepada ibu lebih penting dari Jihad.

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah, aku mahu keluar berperang. Aku dating untuk berunding denganmu. Maka Rasulullah bertanya: “Adakah kamu mempunyai seorang ibu?” lelaki itu menjawab: ya. Lalu Rasulullah bersabda: “Beradalah bersamanya, kerana syurga itu berada dibawah kedua kakinya”

[Riwayat Ahmad,Nasaii dan Ibn Majah]

Sebahagian syariat agama lain melalaikan orang yang terdekat dengan ibu. Tidak menilai mereka bersama ibu. Datangnya Islam dengan memberi nasihat berbuat baik juga kepada saudara mara ibu.

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata: Aku telah berbuat dosa, adakah aku masih boleh bertaubat? Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai seorang ibu?” dia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya lagi: “Adakah kamu masih mempunyai ibu saudara?” lelaki itu menjawab: Ya. Lantas Rasulullah bersabda: “Berbuat baiklah kepadanya”

[Diriwayatkan oleh: Ahmad, Turmizi,Ibn Majah, al-Hakim dan al-Baihaqi]

Apa yang lebih menarik lagi, Islam menyuruh untuk berbuat baik kepada ibu sekali pun jika ibunya bukan di kalangan orang Islam. Sebagaimana yang ditanyakan oleh Asma' binti Abu Bakar kepada Nabi SAW tentang hubungannya dengan ibunya yang musyrik. Maka Rasulullah SAW bersabda, "Ya, tetaplah kamu menyambung silaturrahmi dengan ibumu."

[Muttafaqun Alaih]

ibu kepada ayam

Diantara keprihatinan Islam terhadap keibuan, haknya dan kasih-sayangnya : Islam menjadikan Ibu yang diceraikan lebih berhak dalam membesarkan anak-anaknya, melebihi apa yang diberikan kepada seorang bapa.

 “Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.

[Diriwayatkan oleh: Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim]

Umar dengan isterinya yang dicerai pernah mengadu kepada Abu Bakar tentang anak lelakinya yang bernama 'Ashim, maka Abu Bakar memutuskan untuk memberikan anak itu kepada ibunya. Kemudian Abu Bakar berkata kepada Umar, "Baunya, ciumannya dan kata-katanya lebih baik untuk anak itu darimu.

[Diriwayatkan oleh: Ibn Abi Syaibah]

Saudara mara ibu juga lebih berhak di dahulukan berbanding saudara mara bapa dari sudut penjagaan anak.

Keberadaan ibu yang telah diperhatikan oleh Islam dengan sepenuh perhatian ini dan yang telah diberikan untuknya hak-hak, maka dia juga mempunyai kewajiban: iaitu mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya, dengan menanamkan kemuliaan kepada mereka dan menjauhkan mereka dari sifat buruk. Membiasakan mereka untuk taat kepada Allah dan mendorong mereka untuk mendukung kebenaran dan tidak menghalangi mereka untuk turut berjihad kerana mengikuti perasaan keibuan dalam hatinya. Sebaliknya dia harus berusaha memenangkan seruan kebenaran daripada seruan perasaan.

Kita pernah melihat seorang ibu yang beriman seperti Khansa’ di dalam peperangan Qadisiyah. Dialah yang mendorong empat anaknya dan berpesan kepada mereka untuk berani maju ke depan dan teguh menghadapi peperangan dalam kata-katanya yang mantap dan menarik. Ketika peperangan belum selesai, sudah ada pemberitahuan bahwa semua anaknya telah syahid, maka Khansa tidak gusar ataupun berteriak-teriak, bahkan dia berkata dengan penuh redha dan yakin, "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kemuliaan kepadaku dengan gugurnya mereka di jalan-Nya!!."

ibu ku

Inilah martabat seorang ibu disisi kita, umat islam.

IBU DI BARAT

Adapula, bagi orang barat , mereka menjadikan satu hari untuk ibu dalam setahun. Mereka menamakannya (Hari Raya Ibu) kerana kebiasaan orang barat – selepas anak lelaki dan perempuan mereka baligh/matang- setiap mereka pergi membuat hal masing-masing. Mereka tidak mengenal keluarga. Tidak berhubung dengan ibu dan bapa. Bahkan, mereka mementingkan diri mereka sendiri. Anak lelaki mencari teman wanita (Girlfriend), dan anak perempuan mencari teman lelaki (Boy friend). Mereka tidak ingat siapa yang membesarkan mereka, mereka tidak memberi hak kepada kedua ibu bapa mereka. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sebuah kemuliaan yang tidak wujud dalam masyarakat barat.

ibu singa

Kita bukan seperti itu. Bagi kita, seorang anak mempunyai hubungan dengan keluarganya. Anak perempuan juga begitu. Setiap hari adalah hari untuk ibu-ibu kita. Bukan hanya sekali dalam setahun. Ini berbeza dengan keadaan mereka. Ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak mereka. Anak-anak juga tidak menghiraukan mereka. Oleh itu, mereka mengkhususkan hari bapa dan hari ibu dalam setiap tahun. Adapula kita, apa yang kita perlukan dari hari ibu ini? Kita mengikut mereka dengan membuta tuli. Jika kita mahu merayakan hari ibu, maka raikanlah beliau pada hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha. Jika kita selalu tidak ada bersama ibu, maka ziarahilah beliau pada hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha. Ini tidaklah membawa makna Hari Raya Ibu.

TIADA PERAYAAN SELAIN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA

Aku tidak mengatakan : merayakan Hari Ibu itu haram. Kerana pengharaman itu tidak diujukan oleh seorang ilmuan kecuali dengan hujah. (Kaedah) Asal dalam apa jua perkara dan adat (kecuali ibadat) : adalah harus.

Oleh itu, kita mestilah menggantikan nama (Hari Raya Ibu) kepada (Hari Ibu) {orang arab menyebut hari ibu sebagai Hari Raya Ibu , Aidil Um –pent- } kerana kefahaman hari raya disisi kita dikaitkan dengan agama. Kita tidak merayakan sebarang perayaan kecuali Hari Raya Aidil Fitri, yang dirayakan kerana telah selesai menyempurnakan puasa di bulan Ramadhan. Dan Hari Raya Aidil Adha , yang kita kongsi bersama para pengunjung Haji di hari-hari haji mereka yang besar.

Manusia perlulah berhati-hati dengan hari seperti ini, jangan pula kita melupakan anak-nak yang tidak lagi mempunyai ibu-ibu mereka. Hari ini akan menjadi hari kesedihan dan kemurungan kepada mereka

Dengan contoh itu: anak-anak yang dipisahkan dari ibu-ibu mereka disebabkan penceraian. Mereka terhalang dari mendapat belaian kasih saying ibu, dan terpaksa menggantikan ibu-ibu mereka dengan isteri-isteri bapa mereka. Ianya merupakan suatu yang berat bagi mereka.

Sumber: al-Qaradhawi.net

Penterjemah: Syihabudin Ahmad [abudujanah_89@yahoo.com]

Pesanan: jika terdapat kesukaran dalam memahami terjemahan ini, silalah kembali kepada sumber asal. Wallahu` Alam

dsda

Ayah dan Ibuku…