Baru sebentar tadi, saya membuka laman facebook. Alangkah sedihnya melihat status adik saya Syakiruddin dan Al-Fateh. Kata mereka…… Mak ada ketumbuhan di dalam perut.

bonda

Esok pula, merupakan hari peperiksaan yang telah saya tunggu selama setahun. Peperiksaan Fekah Perbandingan Mazhab (Feqh Muqorron). Persediaan yang dilakukan juga tidaklah sehebat mana. Namun, insyaallah saya akan buat yang terbaik.

Tak ingin mengulas lanjut. Cuma saya teringat peringatan Allah di dalam Al-Quran:

· وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

· الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

· أُوْلَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.

- (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali."

- Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta mendapat rahmatNya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayahNya.

[Al-Baqarah: 155-157]

Sememangnya hati …seorang anak, apabila mendengar berita penderitaan ibubapa mereka, pasti rasa sedih dan sebagainya. Namun, seorang anak yang baik.. akan sentiasa bersabar dan berdoa kebaikan untuk ibubapa mereka dalam apa jua keadaan mereka.

Ya Allah.. semoga aku menjadi anak yang soleh untuk kedua ibubapa ku….. sembuhkanlah penderitaan ibuku…Amin..