simbol

Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.

--------------------------------

Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Rujukan : Jabatan Mufti