Setiap perkara yang Allah ciptakan pada diri manusia, pastinya mempunyai hikmah dan pengajaran. Ianya dapat difikirkan oleh siapa sahaja yang mempunyai akal fikiran yang waras. Antara hikmah cinta adalah:

Beautiful Pink Love Wallpaper

(1)              Cinta adalah ujian yang menentukan prinsip manusia.

Kadangkala, ujian cinta itu lebih hebat dari ujian yang lain. Ujian ini berlaku dalam kehidupan manusia. Ia akan menentukan jalan dan cara manakah yang akan dipakai oleh manusia. Ada kalangan manusia yang mengambil jalan hina ketika bercinta, dan adapula yang menjadikan kemuliaan islam sebagai prinsip dalam cinta. Ujian ini hanya akan diketahui keputusannya apabila percintaan dilayari.

Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan Kami menguji mereka dengan sesuatu dari perasaan takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. Maka berilah khabar gembira buat orang yang bersabar.

[al-Baqarah: 155]

(2)              Cinta adalah kemuliaan kepada dunia dan alam keseluruhannya

Alam ini tercipta dengan penuh kecintaan. Dengan cintalah sebuah keluarga menjadi harmoni, sebuah masyarakat menjadi damai, pelbagai negara dapat dihubungkan dan sebuah kerajaan dapat berkomunikasi dengan kerajaan yang lain. Seandainya tanpa cinta kurniaan Allah Taala, dunia akan menjadi huru hara, keluarga berpecah belah, peperangan jahat mengotori dunia dan bencana akan berpanjangan.

Rasulullah pernah berkata:

 

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Perumpamaan bagi orang mukmin itu pada kecintaan mereka, kasih sayang mereka, dan kebaikan hati mereka adalah seperti sebatang tubuh. Apabila ada anggota badang yang mengadu (sakit), maka akan bimbanglah keseluruhan tubuh dengan perhatian dan racun.

[Direkod oleh Muslim: 6751]

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu semua dari golongan lelaki dan wanita , dan kami juga jadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu dapat berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendalam Pengetahuannya.

[al-Hujurat: 13]

(3)              Cinta menjadikan kehidupan manusia lebih baik

Kekuatan perasaan cinta menguatkan hubungan kekeluargaan, menyatukan masyarakat, menyepadukan rakyat, mengangkat keamanan sejagat, hidup bebas merdeka, dan tersebarnya belas kasihan dikalangan umat manusia.

Rasulullah berkata:

الْمُؤْمِنُ الَّذِى يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الْمُؤْمِنِ الَّذِى لاَ يُخَالِطُ النَّاسَ وَلاَ يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ

Seorang mukmin yang bercampur dengan manusia, dan bersabar dengan kelukaan yang mereka lakukan, lebih besar pahalanya dari seorang mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar dengan kelukaan yang mereka lakukan.

[Direkod oleh Ahmad: 5022] 

Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) dari jiwa yang satu (Adam). Kemudian diciptakan (dari Adam) pasangannya. Lalu berkembang biaklah dari kedua mereka itu, lelaki dan wanita. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu sering memohon dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim). Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi (gerak geri) kamu.

[an-Nisaa: 1]

(4)              Cinta mencipta keajaiban

Sejarah telah membuktikan cinta yang diselaputi keimanan berjaya mencipta pelbagai keajaiban. Cintanya Bilal bin Rabbah menyebabkan dia sanggup menahan penyeksaan dari Umayyah bin Khalaf. Cintanya Abdullah Dzul Bijadain kepada Islam menyebabkan dia meninggalkan bapa saudaranya yang dikasihi bagi menemui dan berjuang bersama Rasulullah . Cintanya Abu Dzar al-Ghifari menyebabkan dia sanggup dipukul oleh Kaum Kafir Quraisy setelah mengiklankan keislamannya.

Inilah kecintaan mereka kepada Allah, Islam dan Rasulullah .

Rasulullah berkata:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya, dan manusia keseluruhannya.

[Direkod oleh al-Bukhari: 15]

Dan dalam hadis berikutnya, baginda berucap:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Tiga golongan yang mana jika kamu termasuk dari kalangan mereka, nescaya kamu akan merasai kemanisan iman: (1) Golongan yang Allah dan RasulNya lebih dicintai berbanding selain keduanya. (2) Golongan yang menyintai seseorang hanya kerana Allah. (3) Golongan yang membenci untuk kembali menjadi kufur sepertimana dia benci dari dicampakkan ke dalam api neraka.

[Direkod oleh al-Bukhari: 16]

(5)              Cinta membawa ke syurga

Inilah hikmah terbesar dari kecintaan. Percintaan yang dijalinkan bukan hanya berakhir tatkala ketibaan Izrail, tetapi ia berterusan sehingga nikmat terbesar Allah di akhirat kelak diberikan.

Rasulullah berkata:

لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا.

Kamu semua tidak akan memasuki Syurga sehinggalah kamu semua beriman, dan kamu tidak akan dapat beriman sehinggalah kamu semua saling bercinta.

 [Direkodkan oleh Muslim: 203]

 Bersambung… (Martabat Cinta Tertinggi: Cinta Allah, RasulNya, dan Jihad dijalanNya)