Header Ads

test

BERSIH 2.0: Cawangan Dumyat, Mesir.

Abu Musa menyampaikan kata-kata dari Nabi :

“Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti binaan, saling menguatkan antara satu sama lain.”

Lalu baginda menyilangkan jari-jarinya.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 2446]

Begitulah keadaan yang berlaku tatkala tercetusnya Demonstrasi BERSIH 2.0 tahun ini. Setiap orang saling membantu antara satu sama lain. Saling memberi kefahaman, saling menguatkan, saling bekerjasama.

bersih

Walaupun jumlah ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat (DPMD) hanyalah sekitar 110 orang. Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 tetap juga diadakan. –Bukan dibawah anjuran pihak DPMD-

Laungan “Hidup BERSIH!”, “Hidup Rakyat!” dan “Hidup Demokrasi!” bergema sepanjang perhimpunan.

Jika di Malaysia, perhimpunan seumpama ini diadakan dikawasan-kawasan utama ibu negara. Di Mesir pula, kami berhimpun di cawangan masing-masing. Walaupun IMTIHAN PERIOD belum berakhir, namun semangat atas dasar memahami tuntutan masyarakat tetap kami penuhi.

Setelah solat Asar berjemaah di Masjid ar-Rahman, Hayyu Ula. Para peserta beramai-ramai menuju ke perkarangan Universiti al-Azhar. Kelihatan lebih 50 orang telah hadir bagi menyertai perhimpunan ini.

Permulaannya, perhimpunan ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak yang dihormati, namun ia tetap dijalankan atas dasar memberi sokongan kepada 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Majlis dimulakan dengan ucaptama dari wakil sukarelawan BERSIH 2.0, kemudian diikuti ucapan dari wakil Gerakan SUARA. Antara isi ucapan beliau adalah:

1-     Generasi muda sudah sedar tuntutan keadilan dalam pilihan raya.

2-     Perhimpunan juga diadakan di Kaherah, Mansurah, Damanhur, Zaqaziq, Iskandariah dan lain-lain.

3-     BERSIH 2.0 bukan bertujuan provokasi atau menggulingkan kerajaan.

4-     Gerakan SUARA akan mengusahakan memorandum kelayakan undi pos untuk rakyat Malaysia di Mesir.

5-     Rakyat Malaysia di Mesir mengharapkan yang terbaik dari pemerintah, walau siapapun memerintah, asalkan adil.

6-     Harapan: Perhimpunan dapat memberi perubahan. Walaupun sedikit.

7-     Peserta diugut oleh pihak tertentu: Sijil tak diterjemah.

شهاب2232

Sebelum Perhimpunan diakhir, para peserta membacakan Al-Fatihah buat seorang peserta BERSIH 2.0 yang meninggal dunia akibat gas pemedih mata.

Setelah itu, sesi potong kek dilakukan sebagai tanda sokongan kepada BERSIH 2.0.

Doa penutup mengakhiri perhimpunan pada jam 5.15 Petang. 

1 comment:

  1. ade jgk ye kat dumyat walaupun embassy telah memberi amaran.. btw, kat alex just ade jual baju je.. perhimpunan aman xde... sbb baru2 ni.. pnddk mesir ade buat gak.. bimbang ade benda yg tidak dinginkan berlaku..

    robbuna najahna, yassirullahu lana insyaAllah..

    p/s: doakn kami shbt di alex jgk.. fatrah imtian skrg ni.. ^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.