Puasa adalah : Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, disertai niat.

 ramdhan la..

v  Sejarah Pensyariatan Puasa

Puasa Ramadhan telah diwajibkan pada bulan Syaaban, tahun kedua hijrah. Umat-umat yang terdulu telahpun berpuasa, begitu juga para Ahli Kitab. Ini dapat difahami dari Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang beriman, telah diwajibkan kepada kamu semua untuk berpuasa. Sepertimana yang telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu. Agar kamu bertaqwa.

[Al-Baqarah: 183]

Umat sebelum ini telahpun mengenali puasa. Namun, mereka berpuasa kerana mengikut pensyariatan umat-umat sebelum mereka. Manakala umat Nabi Muhammad pula, dikususkan pensyariatan itu kepada mereka. Inilah keistimewaan puasa bagi umat Nabi Muhammad.

 

v  Hujah Pensyariatan Puasa Bulan Ramadhan

Sumber asas dalam pensyariatan ini sepertimana yang telah dinyatakan Allah dalam surah al-Baqarah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya: Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk kepada manusia dan penjelasan bagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat anak bulan, maka berpuasalah!

[Al-Baqarah: 185]

Begitu juga dengan hadis Nabi  :

بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، و أن محمدا رسول الله ، و إقام الصلاة ، و إيتاء الزكاة ، و الحج ، و الصوم  الرمضان

Islam terbina diatas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada sembahan yang layak disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, dan Mendirikan solat, dan Mengeluarkan zakat, Menunaikan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 8, Sahih Muslim: 16]

Seorang Arab kampung pernah bertanya Rasulullah :

أخبرني ماذا فرض علي الله من الصوم؟ فقال: شهر رمضان

Beritakanlah kepadaku, apakah puasa yang diwajibkan Allah terhadapku? Baginda menjawab: Puasa Ramadhan.

[Rekod Sahih al-Bukhari: 1892, Sahih Muslim: 11]

v  Hukum Meninggalkan Puasa Ramadhan Tanpa Sebarang Keuzuran

Apabila puasa Ramadhan adalah rukun dari rukun-rukun Islam. Ianya juga merupakan kewajipan yang sepatutnya diketahui oleh semua orang yang beragama Islam ( المعلومة من الدين بالضرورة ).

Oleh itu, siapa yang menggingkari kewajipannya diiktiraf sebagai Kafir. Komunikasi dengannya adalah komunikasi seorang yang keluar dari agama (Murtad). Dia diminta bertaubat. Sekiranya dia bertaubat, maka diterima taubatnya, sekiranya tidak maka dia dibunuh sebagai menjalankan hukum hudud.

Adapula, orang yang meninggalkan puasa tanpa mengingkari kewajipannya, seperti dia berkata:Aku ini diwajibkan berpuasa. Tetapi aku tidak berpuasa.

Maka orang ini digolongkan sebagai orang fasik. Tidak kafir. Pemerintah wajib menahannya dari makan dan minum disiang hari supaya dia berpuasa. Atau seperti keadaan orang berpuasa.

Ramadan-Kareem2

v  Hikmah, Rahsia dan Kelebihan

Seorang muslim perlu mengetahui bahawa: puasa Ramadhan adalah sejenis ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah.

Ibadah adalah: seorang Muslim mengerjakannya sebagai menjawab suruhan Allah. Mendirikannya dengan sebebnar-benar penghambaan padaNya.

Apabila muslim melakukan perkara demikian, maka dia akan menerima pelbagai hikmah dan rahsia-rahsia ilahiah yang tersembunyi melalui ibadah tersebut. Sama ada puasa atau selainnya.

Tidak syak lagi, segala peraturan Allah ta`ala mengandungi hikmah, rahsia dan faedah yang banyak sekali. Tetapi tidaklah disyaratkan segalanya mesti diketahui. Antaranya adalah:

1-         Puasa dengan keadaan yang benar dapat membangunkan jiwa nurani muslim dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dia meninggalkan makan dan minumnya adalah untuk Allah. Sedangkan dia merasai keperitan meninggalkan perbuatan kebiasaanya itu. Tetapi dia terus bersabar dan memperingati dirinya bahawa sedang menjalankan perintah Allah. Dia tunduk dan patuh dengan kehendak Allah berbanding kehendak dirinya sendiri.

2-         Bulan ramadhan adalah bulan yang suci berbanding bulan-bulan lain. Allah menghendaki hambanya memperbanyakkan perbuatan ketaatan dan ibadah padaNya. Dengan demikian, seorang Mukmin menjaga segala tindak tanduknya bagi menjadikan segala perbuatannya adalah ibadah. Bahkan, bulan ini adalah bulany yang paling mudah melakukan ibadah berbanding bulan-bulan lain. Ianya adalah sesi pendidikan yang berkesan.

3-         Rasa dahaga yang berterusan dalam kehidupan manusia menyebabkan dirinya menjadi bengis, dan membangunkan sifat-sifat yang tidak sepatunya. Tetapi, ianya ternafi disebabkan orang itu adalah muslim. Pensyariatan puasa mempermanusiakan jiwa muslim. Dan melemahkan perasaan yang tidak sepatutnya.

4-         Prinsip terpenting yang dibangkitkan oleh masyarakat Islam adalah hubungan silaturahim dan kelembutan sesama mereka. Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan yang menyebabkan orang kaya merasai perasaan yang sama dengan orang miskin. Ini menjadikan mereka hidup bersama dalam keperitan dan kasih sayang. Justeru, puasa adalah sebaik-baik pengajaran dalam diri orang kaya. Mempertahankan kasih sayang dan kesamarataan sesama mereka.

Rujukan: Buku 30 Hari Mendampingi Ramadhan (oleh penulis, belum diterbitkan)