Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Isnin (insyaAllah), hari yang mulia dengan kemuliaan Rasulullah : Ia adalah hari kelahiran Rasulullah , juga gari baginda diutuskan sebagai Rasul.

Ramadhan_by_mustange

Abu Qatadah pernah berkata: Nabi pernah ditanya tentang puasa (sunat) pada hari Isnin, lantas baginda berkata:

Pada (hari itu) aku dilahirkan, dan padanya juga diturunkan (wahyu) kepadaku.

[Direkod oleh Imam Ahmad: 22603]

-          Syeikh Syuib al-Arnauth berkata: Isnadnya sahih menurut syarat Imam Muslim.

Tarikh 1 ogos juga adalah hari yang amat baik, kerana ia adalah pertemuan antara kalendar bulan dan kalender matahari.

Secara umumnya, kalender yang digunakan dalam dunia ini berada dalam tiga kategori :

(1)  Kalender Berpandukan Matahari

(2)  Kalender Berpandukan Bulan

(3)  Kalender Kesatuan Matahari Dan Bulan

calender1

Kalender Matahari

Kalander matahari adalah satu sistem pengiraan kalendar yang berdasarkan kepada keadaan bumi yang mengelilingi matahari.

Ia adalah kelender umum yang digunakan diseluruh dunia. Oleh itu, wujudnya empat musim dalam kalender ini: Bunga, Luruh, Panas, dan Sejuk.

Kalender ini mempunyai 12 bulan dalam setahun dengan bilangan hari sebanyak 365 hari dengan tambahan sehari bagi setiap empat tahun.

Kalender Bulan

Kalender bulan/ Qamari adalah satu sistem pengiraan kalender mengikut perubahan yang berlaku pada bulan.

Apabila munculnya anak bulan, maka bermulalah pengiraan dalam bulan tersebut. Ia berada dalam lingkungan 30 hari atau 29 hari.

Bagi umat Islam, Kalender hijrah adalah mengikut kaedah ini. Ia mula direkodkan oleh Saidina Umar al-Khattab . Ia tidak pernah ada di zaman Rasulullah , namun wujud di zaman selepas baginda . (Ini adalah bidaah dari segi bahasa yang dibenarkan, adapun bidaah dalam ibadah tidak dibenarkan. Wallahu Alam)

Kata Muhammad bin Sirin:

Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.

(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Kalender Kesatuan/Gregorion

Kalender Gregorian adalah satu sistem pengiraan kalender mengikut kesatuan kiraan bulan dan matahari.

Penjelasan menarik kalender ini boleh dibaca disini: klik

Malam Pertama Ramadhan:

Rasulullah pernah berkata:

Apabila tibanya malam pertama dibulan Ramadhan, Syaitan-syaitan dan jin jahat akan dirantai. Pintu neraka akan ditutup. Tidak akan dibuka satupun pintu neraka. Pintu syurga pula akan terbuka. Tidak akan ditutup satupun pintu syurga. Penyeru akan berseru: Wahai pencari kebaikan! Mendekatlah!, Wahai pencari kejahatan! Cukuplah!, bagi Allahlah segala pembebasan dari neraka. Ia berlaku pada setiap malam.

[Rekod Sunan at-Turmizi: 682]

Setelah hari-hari Ramadhan dimuliakan, kita mengharapkan agar ibadah kita dalam Ramadhan juga akan dimuliakan dan diterima. Amin Ya Rabb!

Ramadhan_001_P

Rujukan:

1-     Wikipidea: Calendar

2-     Kitab-Kitab Hadis

3-     Minda Tajdid

4-     Buku: 30 hari Mendampingi Ramadhan (karangan penulis, belum dicetak)