Soalan: Berkaitan dengan anak,. Bilakah dia (diwajibkan) berpuasa? Adakah terdapat umur yang ditentukan syarak dalam perkara tersebut?

_little-boy-praying

Fatwa:

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Rasulullah, serta keluarganya dan sahabatnya, dan juga orang yang mengikuti baginda sehingga hari Akhirat.

Waba`d

Telah terdapat dalam hadis dari Nabi :

Terangkat Qalam (pena) terhadap tiga golongan: (1) Dari budak-budak sehingga dia dewasa, (2) Dari orang yang tidur sehingga dia bangun, (3) Dari orang gila sehingga dia waras.

[Direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, an-Nasaaie, dan al-Hakim. Dari `Aisyah dengan Isnad yang Sahih. Dan direkodkan oleh Ahmad dan Abu Daud, serta Hakim dari Ali dan Amr dengan lafaz yang hampir serupa, dan juga terdapat dari pelbagai periwatan lain yang saling menguatkan antara satu sama lain.]

Makna (Terangkat Qalam): Terlarang dari dipertanggungjawabkan – iaitu mereka tidak dipertanggungjawabkan – kerana Islam adalah agama yang meraikan tabiat semulajadi manusia yang menginginkan anak mereka yang kecil juga dapat  beribadat (Puasa Ramadhan) dan amalan ketaatan ini, supaya dapat terbiasa dan terdidik untuk berpuasa. Telah terdapat dalam sebuah hadi tentang solat:

Suruhlah anak-anak kamu untuk bersolat, (bermula) dari umur tujuh tahun. Dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak bersolat juga) ketika umur mereka sepuluh tahun.

[Direkodkan oleh Ahmad, Abu daud dan al-Hakim dari Abdullah bin `Amr bin al-Ash]

Puasa juga adalah ibadah dan diwajibkan sepertimana solat. Maka wajiblah untuk (ibubapa) mendidik anak-anak untuk berpuasa. Tetapi pada umur berapa? Ia tidaklah perlu pada umur tujuh tahun. Kerana puasa lebih susah berbanding solat. Ianya bergantung kepada kemampuan budak tersebut. Seandainya bapa atau wali (penjaganya) melihat budak itu mampu berpuasa, walaupun hanya pada waktu tertentu dalam sebulan itu, maka didiklah budak tersebut untuk berpuasa. Didiklah dia tahun demi tahun. Setahun berpuasa tiga hari, dan pada tahun yang lain berpuasa seminggu. Dan tahun berikutnya berpuasa dua minggu. Dan tahun berikutnya berpuasa sebulan penuh. Apabila sampainya waktu (budak itu) baligh, ia adalah waktu dia dipertanggungjawabkan dan dia telah berlatih dan biasa mengamalkan puasa, maka pada waktu itu sudah tidak susah lagi baginya. Inilah pendidikan Islam untuk membawa budak-budak berpuasa sejak dari kecil. Sejak kukunya belum matang lagi telah diajar dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya sehingga dia membiasakan diri melakukannya.

ramadan-wallpaper-19

Seorang pensyair telah berkata:

Bermanfaatkan Adab bermula dari kecil,

dan adab tidak lagi bermanfaat setelah beruban,

Sesungguhnya ranting apabila dibetulkan akan menjadi tegak,

dan tidak akan menjadi lembut untuk ditegakkan sebatang kayu.

Maka, ibubapa dan penjaga berkewajipan pada hal ehwal anak-anak lelaki dan wanita, supaya mereka sentiasa berlatih berpuasa dan solat. Solat semenjak dari umur tujuh tahun, dan dipukul jika tidak melakukannya apabila berumur sepuluh tahun. Dan puasa pula sejak dari mereka mampu melakukannya, walaupun setelah tujuh tahun atau lebih, mengikut kemampuan. Mereka disuruh oleh bapa untuk berpuasa.

Rujukan: al-Qaradhawi.net