Islam tidak melarang umatnya mendapatkann cinta dari manusia, kerana cinta kepada manusia yang berteraskan cinta Allah adalah mulia. Lantaran itu, Islam telah memberikan pelbagai cara dan jalan bagi umatnya mendapatkan cinta dan kasih sayang manusia. Disini penulis sertakan 10 cara, sedangkan banyak lagi cara-cara yang digariskan Islam kepada tujuan ini.

love-wallpaper

(1)Menyebarkan salam

Rasulullah pernah berkata:

Kamu semua tidak akan memasuki Syurga sehinggalah kamu semua beriman, dan kamu semua tidak akan beriman sehinggalah kamu semua saling bercinta. Mahukah kamu jika aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang kalau kamu lakukannya, kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah “salam” sesama kamu.

[Direkodkan oleh Muslim]

(2)Bertukar-tukar hadiah

Rasulullah pernah berkata:

Saling bertukar-tukarlah hadiah, nescaya kamu semua akan saling mencintai.

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

(3)Saling tolong-menolong

Allah Taala berfirman:

Dan saling bantu-membantulah atas perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan pula saling bantu-membantu atas perkara dosa dan penentangan.

[Al-Maidah: 2]

(4)Saling nasihat-menasihati

Rasulullah pernah berkata:

Agama adalah nasihat, lalu kami (para sahabat) bertanya: (nasihat) untuk siapa? Baginda menjawab: Untuk Allah, Kitabullah, utusan Allah, dan untuk umat Islam keseluruhannya.

[Direkodkan oleh Muslim]

(5)Saling ziarah menziarahi

Allah Taala berfirman:

CintaKu berhak dimiliki oleh orang yang saling berkasih sayang keranaKu, dan CintaKu berhak dimiliki oleh orang yang saling bertemu keranaKu, CintaKu berhak dimiliki oleh orang yang saling menziarahi keranaKu.

[Direkod oleh Ahmad]

Adab-Adab Ziarah

1-     Ziarah hanya kerana Allah.

2-     Memilih masa yang sesuai dan hari yang sesuai, serta memberi tahu orang yang hendak diziarahi terlebih dahulu seperti menalifonnya atau seperti itu.

3-     Memberi salam dan meminta izin untuk masuk walaupun pintu terbuka.

4-     Mengetuk pintu dengan lembut dan tidak tergesa-gesa.

5-     Tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam ziarah

6-     Penuhi dengan perkara baik seperti mengajak melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan saling nasihat menasihati.

7-     Mendoakan tuan rumah seperti doa ini:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ

Maksudnya:

Ya Tuhan kami, berkahilah mereka dengan apa yang Engkau kurniakan kepada mereka. Ampunilah mereka dan sayangilah mereka semua.

[Direkod oleh Ahmad]

 love1

(6)Menonjolkan peribadi yang baik

Rasulullah berkata:

Mukmin yang paling baik imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya.

[Direkodkan oleh at-Turmizi]

(7)Mengawal diri dari kemarahan

Rasulullah berkata:

Orang yang kuat itu bukanlah yang paling kuat merebahkan lawan, tetapi orang yang kuat itu adalah yang berjaya menguasai dirinya ketika marah.

[Direkod oleh al-Bukhari]

(8)Melazimi diri dengan senyuman

Rasulullah berkata:

Senyuman kamu kepada saudara kamu adalah sedekah

[Direkod oleh at-Turmizi]

(9)Memenuhi keperluan sahabat

Rasulullah berkata:

Dan barang siapa yang (memperhatikan) keperluan saudaranya, maka Allah juga akan (memperhatikan) keperluan-keperluannya.

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

(10)Berbual atau diam

Rasulullah berkata:

Dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia bercakap dengan perkara baik ataupun diam.

[Direkodkan oleh al-Bukhari]