PERTANYAAN:

Saya adalah gadis pada usia lima belas tahun. Keluarga saya mahu mengahwinkan saya dengan sepupu saya, sedangkan saya tidak mencintainya. Saya mencintai pemuda lain. Apa yang patut saya lakukan? Bimbinglah saya..

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم..

Permasalahan cinta dan emosi semakin banyak pada masa kini, kesan dari lakonan-lakonan, novel-novel, kisah-kisah, filem-filem dan sebagainya. Lantas menjadikan para gadis berhadapan dengan masalah seperti ini. Saya bimbang kebanyakan mereka terpedaya dengan emosi ini, lalu mereka diketawakan. Khususnya dalam usia sebegini (15 Tahun). Usia remaja dan kematangan. Jantung (hati) selalu berkhayal, kata-kata amat manis apabila jantung (hati) yang kosong mendiaminya. Disana terdapat pemuda yang mengamalkan tipu daya ini – maaf – atau menikmati perkara ini. Dan berbangga pula apabila berada sesama mereka, kerana salah seorang dari mereka mampu bercakap dengan seorang gadis pada suatu hari, dan keesokkannya pula dengan gadis lain, dihari ketiga dengan gadis lain, begitulah seterusnya. Nasihatku kepada gadis-gadis Muslimah, janganlah terpedaya dengan kata-kata ini. Ingatlah nasihat-nasihat para bapa, penjaga, dan ibu-ibu. Dan janganlah memasuki dunia perkahwinan lantaran emosi seperti ini, tetapi (mereka) mestilah menimbang ke semua faktor dengan timbangan akal terlebih dahulu, inilah jalannya.

466_large

Begitu juga, aku katakan (nasihat) kepada para penjaga supaya mereka dapat mempertimbangkan keinginan anak gadis mereka. Janganlah si bapa (terus) memukul atas sebab keinginan anak gadisnya menyingkap kongkongan, dan menjadikan dia seperti suatu yang diabaikan. Kemudian mengahwinkan dia dengan lelaki yang dia (penjaga) kehendaki bukan dengan yang dia (anak gadis) kehendaki. Maka (anak gadis) itu akan memasuki dunia perkahwinan yang tidak disukainya. Itu kerana, bukanlah dia (penjaga) yang akan melayari kehidupan rumah tanggga, bahkan dia (anak gadis) itulah yang akan melayari kehidupan rumah tangga. Oleh itu, mestilah dia (memasukinya) dalam keadaan penuh redha. Ini tidaklah memerlukan hubungan yang perasaan antara lelaki dan wanita sebelum perkahwinan. Sekurang-kurangnya dia diberi masa untuk meredhai keputusan (dinikahkan) itu. Dari sini, Islam menyuruh untuk lelaki yang meminta tunang melihat wanita yang dipinanginya. Lelaki itu memandang wanita tersebut, dan wanita itu juga memandangnya. Kerana dengan itu, mereka lebih cenderung mewujudkan kasih sayang sepertimana yang terdapat dalam hadith.

Syariat Islam menghendaki (umatnya) mendirikan kehidupan perkahwinan atas dasar redha dari pihak yang berkeinginan dalam kesemua perkara. Gadis menjadi redha, sekurangnya dia bebas memulakan (bicara) soal keinginannya, dan pandangannya secara jelas. Ataupun, jika dia malu, lihatlah kepada apa yang menunjukkan kepada redhanya, seperti dia berdiam diri (Anak dara dipinta izin darinya, dan keizinannya adalah dengan cara dia berdiam diri , manakala wanita janda lebih berhak pada dirinya sendiri) iaitu yang pernah berkahwin sekali sebelum itu mestilah berkata dengan jelas: “Saya redha dan bersetuju.” Manakala anak dara, apabila mereka diminta izin, kadangkala malu lantas berdiam diri atau tersenyum, itu sudah mencukupi. Namun jika dia berkata: “Tidak.” Atau dia menangis maka tidak perlulah dipaksa-paksa. Nabi sendiri mengembalikan (menceraikan) pernikahan atas sebab wanita yang dikahwinkan bukan atas redhanya. Dan terdapat dalam sebahagian hadith bahawa ada seorang gadis mahu dinikahkan oleh bapanya sedangkan dia tidak suka, lantas dia mengadu kepada Nabi dia mahukan redha bapanya sekali, dua kali atau tiga kali. Apabila Nabi melihat dia sudah tekad, baginda berkata: lakukanlah apa yang kamu mahukan. Lantas gadis itu berkata: Aku membolehkan ayah untuk melakukannya. Hanya saja aku ingin para wanita tahu bahwa ayah mereka tidak memiliki urusan sedikitpun dalam memutuskan perkara seperti ini.

Apa yang  saya mahu jelaskan disini adalah: gadis perlu meredhai pernikahan. Dan para wali juga perlu redha. Inilah yang disyaratkan kebanyakan ulama fekah. Mereka menyatakan bahawa wajib persetujuan wali sehinggalah pernikahan selesai. Terdapat dalam hadith: (Tiada nikah melainkan dengan seorang wali dan dua orang saksi yang adil) dan (dan mana-mana wanita yang dikahwinkan tanpa keiinan walinya, maka nikahnya batal-batal-batal )(Suruhlah isteri-isteri kamu pada (urusan) anak-anakmu ) kerana si Ibu amat mengetahui keinginan anak perempuannya. Ini menjadikan anak gadis memasuki dunia pernikahan dalam keadaan dia redha, bapanya redha, ibunya redha dan keluarga suaminya juga redha. Maka selepas itu, tidak terjadilah kehidupan yang sempit dan tidak menyelesakan.

Yang utama dalam urusan (masalah ini) adalah diselesaikan dalam gambaran ini, yang dikehendaki oleh Syariat Islam yang mulia.

والله الموفق.

[Fatwa diterjermah dari laman web Dr Yusuf al-Qaradhawi: Qaradhawi.net pada tarikh: 04/07/2011, bertajuk: Az-Ziwaj wal Hubb (Perkahwinan dan Cinta)]