Header Ads

Book an appointment with SetMore

Benarkah Mati Akibat Barah itu Syahid?

“Seorang ibu telah meninggal dunia akibat barah perut yang di alaminya, bukankah ini merupakan syahid yang disebutkan didalam hadis?”

Syahid terbahagi kepada tiga bahagian:

(1)  Syahid Dunia dan Akhirat

(2)  Syahid Dunia

(3)  Syahid Akhirat

Syahid Dunia dan Akhirat

Mereka adalah umat Islam yang mati terbunuh akibat peperangan dengan orang Kafir. Mereka bertempur, tidak berundur. Supaya menjadikan Kalimah Allah ditinggikan. Dan Kalimah Kuffar direndahkan. Tanpa sebarang impian dan matlamat duniawi.

[Ruj. Mughni Muhtaj, Jil.1, m/s 350]

Di dalam sebuah hadith yang disampaikan oleh Abu Musa r.a., beliau telah berkata:

Dua orang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w. lantas bertanya untuk memahami (sebuah masalah): “Seorang perajurit berperang kerana harta, seorang lagi kerana zikir (Alllah), dan seorang lagi berperang kerana mahu dilihat kedudukannya (rsombong), yang mana satukah yang telah berperang di jalan Allah?” Rasulullah pun menjawab: “Orang yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi, ia adalah (berperang) dijalan Allah.”

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

arabiansword-988828

Syahid Dunia

Mereka adalah umat Islam yang berperang dengan orang kafir kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang, atau untuk menyombong diri, atau bagi mendapatkan kepentingan-kepentingan dunia.

Syahid Akhirat

Mereka adalah umat Islam yang terbunuh secara zalim (musibah) seperti orang yang mati kerana penyakit diperut, atau kerana penyakit Taun,  lemas, mati akibat pertempuran (rompakan atau sebagainya), Penuntut ilmu yang mati semasa menuntut ilmu, orang yang bernifas dan mati ketika itu, dan sebagainya.

Namun, terkecuali bagi orang yang mati dalam musibah tetapi atas dasar maksiat yang dia lakukan sendiri seperti mati kerana AIDS disebabkan perlakuan sumbang, mati ketika melahirkan disebabkan zina dan seumpamanya.

Abu Hurairah menyampaikan sabda Rasulullah s.a.w. :

Lima jenis orang Syahid: (1) Orang yang mati akibat taun, (2) Mati akibat penyakit perut, (3) Mati lemas, (4) Mati akibat musnah, dan (5) mati syahid dijalan Allah.

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

Begitu juga dalam sebuah hadith yang lain:

Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: “Siapakah yang dikira syahid menurut kamu?” Para sahabat berkata: “Orang yang dibunuh dijalan Allah, merekalah orang Syahid.” Rasulullah berkata: “Kalau begitu, umat aku akan sedikit (kerana bukan semua yang turun berperang)” Mereka pula bertanya: “Kalau begitu, sipakah mereka wahai Rasulullah?” lantas Rasulullah berkata: “Siapa yang dibunh dijalan Allah (jihad perang) maka di syahid, dan siapa yang mati dijalan Allah maka di syahid, dan siapa mati akibat taun maka dia syahid, dan siapa mati (akibat openyakit diperutnya) maka dia syahid.”

[Direkod oleh Muslim]

Rujukan:

Mausu`ah al-Fiqhiah (Ekskilopidea Hukum Fekah) , Kementerian Wakaf dan Hal-Ehwal Islam- Kuwait, Cetakkan Kementerian, 1983. (Jilid ke 23, Muka Surat : 273)

3 comments:

  1. Anonymous4/03/2013

    penyakit di perut termasuk dengan kanser hati?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.