Header Ads

Book an appointment with SetMore

Perigi Mencari Timba

Secara asasnya, perbezaan lelaki dan wanita tidaklah terlalu besar. Lelaki menghendaki wanita, begitu juga sebaliknya. Justeru, ada wanita yang berkenan dengan lelaki soleh, namun mereka malu menyatakan keinginan yang terpendam sedangkan luahan tersebut tidaklah diharamkan, bahkan ia dibenarkan dan tidak dipandang cela.

IMG_1310

Di zaman Rasulullah juga pernah berlaku wanita yang meluahkan keinginannya kepada lelaki, dan ia berlaku kepada Rasulullah sendiri.

Thabit al-Bunani pernah bercerita:

Aku pernah berada disisi Anas dan anak perempuannya. Lalu Anas berkata: “Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya kepada baginda. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, adakah engkau mempunyai hajat (berkahwin) denganku?” Lantas anak perempuan Anas berkata: “Alangkah sedikit malu yang ada padanya, amat memalukan, amat memalukan.” Anas menjawab: “Dia itu lebih baik dari kamu. Dia berkehendakkan Nabi lantas dia menawarkan dirinya sendiri (untuk bernikah) kepada baginda.

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

Para ulama telah menyatakan keharusan wanita menawarkan diri kepada lelaki soleh yang dikenali dengan kemuliaannya, ilmunya, dan keteguhannya pada agama.

3 comments:

  1. tp..xsemua lamaran wanita akn di terima oleh llaki soleh kan..

    ReplyDelete
  2. dan tak semua juga lamaran lelaki akan diterima oleh wanita solehah :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous8/20/2011

    tapi takpa, kalau tak diterima, pasti ada lagi yg lebih baik utk mereka berdua.. :) jodoh ALLAh itu pasti, ketentuanNya tidak akan diubah dengan sendiri.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.