Header Ads

test

Cinta Fitrah

Kita telah membincangkan perihal cinta terhadap Allah, RasulNya dan Jihad dijalanNya. Sekarang, kita berada di tangga yang kedua: Cinta Pertengahan @ Cinta Fitrah.

Fitrah adalah keadaan yang berada dalam diri manusia. Ia adalah ciptaan semulajadi Allah Taala kepada seluruh hambanya.

Semula Jadi: Adalah sesuatu yang telah ada sejak dilahirkan lagi. Ia bukanlah bakat atau sesuatu yang boleh dibuat-buat. Ia bukanlah terjadi dengan sendirinya, bahkan ia diciptakan oleh Allah Taala.

Beautiful love wallpaper 3

Islam mengiktiraf keadaan semulajadi manusia. Manusia mempunyai perasaan yang penuh emosi, manusia mempunyai tingkah laku yang penuh kerenah, dan manusia mempunyai pemikiran yang penuh kekeliruan.

Cinta adalah unsur yang berasal dari emosi dalaman manusia. Ia tidak dapat dinafikan walaupun ia mampu disembunyikan. Ia tidak dapat diubah walaupun mampu dinasihati. Keteguhannya mampu mengubah sejarah.

Dengan itu, cinta yang diciptakan dalam setiap jiwa manusia  adalah unsur semulajadi yang wujud secara realiti.

Cinta inilah yang mewujudkan cinta antara anak dan ibubapanya, suami isteri dan pasangannya, guru dan pelajarnya, pekerja dan tuannya, rakyat dan negaranya, dan sebagainya.

Tidak disangkal lagi, bahawa peringkat cinta sebegini adalah cinta yang mulia dan terhormat. Namun, ia berada di tangga kedua setelah cinta Allah, RasulNya dan Jihad dijalanNya.

Mengapa ia berada ditangga kedua? Kerana cinta pertama adalah cinta teragung, dan memandu cinta-cinta yang lain.

Sumber:

asdas

(Nantikan buku ini dipasaran .insyaAllah)

1 comment:

  1. Moga cepat keluar dan tahniah ustaz ! :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.