Happy_Ramadan_by_Tonsy

Sahabatku… Islam membawa maksud penyerahan diri yang total kepada Allah Taala. Ia melepaskan kekangan hidup manusia kepada Tuhan Semesta Alam. Ia adalah kepatuhan yang jitu kepada Pemilik Alam. Oleh itu, apa pandangan anda jika kita mula menyerahkan sepenuhnya diri kita kepada Allah Taala pada bulan ini? Marilah sama-sama kita menyerahkan diri kepada Allah Taala dengan berpuasa bersungguh-sungguh, dan menghiasi malamnya dengan Ibadah penuh khusyuk. Serta membasahkan lidah kita dengan bacaan KalamNya yang penuh mukjizat! Ayuh kita berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan memohon keampunan terhadap keterlanjuran lampau. Marilah kita mengangkat slogan:

Dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.

[Al-An`aam: 71]

 

v  Nasihat Ramadhan

Allah Taala berfirman:

Maka siapa yang berat timbangan amal (kebaikan)nya,  maka mereka itu adalah orang yang berjaya.

[Al-A`raaf: 8]

Berbahgialah orang yang berat timbangan amal kebaikannya. Amal yang disalut ketaatan dan kepatuhan. Berbahgialah kamu kerana kamu digembirakan dengan jalan kejayaan yang sebenar-benarnya.