Apabila seorang hamba terlanjur melakukan sebarang dosa, mereka wajib bertaubat. Bahkan, taubat itu juga wajib lekas dilakukan kerana melambatkannya juga adalah dosa. Adakah hamba mengira dia mampu hidup beberapa jam lagi untuk bertaubat?  Segerakanlah taubat.

Heart-from-splash-water-wallpaper-1024x700

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya:

Maksudnya:

Sesungguhnya, seorang hamba apabila melakukan satu dosa, dititiskan pada jantung (hati)nya satu titisan hitam. Apabila dia keluar (dari melakukan dosa tersebut), memohon ampun (Istighfar), dan bertaubat (maka) akan dibersihkan jantung  (hati)nya. Andai dia kembali (melakukan dosa), akan bertambahlah (titisan hitam) pada jantungnya, sehingga meningkat (kegelapan) jantung (hatinya). Dan dia adalah ar-Raan yang disebutkan Allah:

“Memang benar! Bahkan ar-Raan (kekotoran dosa) telah menyelaputi  jantung (hati) mereka, atas sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka lakukan”. {al-Muthafifin: 14}

[Direkodkan oleh at-Turmizi]

Cinta juga demikian. Andai terlanjur dimedan Cinta Hina – lantaran dunia kini yang menolak kepadanya - , maka segeralah bertaubat dan beristighfar dengan sebenar-benarnya.

Taubat, mempunyai tiga syarat khusus;

1-     Menyesal atas perbuatan dosa

2-     Meninggalkan perbuatan tersebut

3-     Berazam untuk tidak mengulangnya lagi

Berdoa dan mintalah keampunan dengan doa-doa yang menyentuh hati. Seperti doa Rasulullah berikut:

Maksudnya:

Tuhanku, Ampunilah dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi bersifat penyayang.

[Direkodkan oleh Abu Daud]

Pintalah keampunan dengan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istughfar):

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta diriku, dan aku adalah hambaMu. Aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar kepadaMu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmatMu ke atasku. Aku juga mengakui dosa-dosaku terhadapMu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, (Ya Allah).

[Direkodkan oleh al-Bukhari]