ISLAM berpendirian (bahawa) tiada pelepasan tali kekangan bagi naluri seks untuk dilepaskan tanpa sebarang batasan dan ikatan. Dengan itu, diharamkan perlakuan zina dan apa sahaja yang menyebab kepada (perlakuan zina) itu, dan apa yang berkaitan dengannya.

Namun begitu,  (juga),Islam bangun menentang segala perkara yang bertentangan dengan perkara tersebut: Menentang perselisihan dan halangan terhadap naluri seks. Dengan sebab itu, Islam menyeru kepada perkahwinan, dan larangan dari at-Tabattul (Memutuskan diri dari mendekati wanita dan dunia untuk tujuan beribadah selama-lamanya)dan Khisha` (Memutuskan nafsu dengan cara kasi (membuang telur sperma).).

Maka, dengan itu seorang umat Islam tidak halal (tidak dibolehkan) untuk menentang perkahwinan, dalam keadaan berkemampuan untuk berkahwin, juga beralasan untuk at-Tabattul kepada Allah, atau memenuhkan seluruh kehidupan untuk ibadat, perahiban (tidak mahu kahwin) dan memutuskan hubungan dengan dunia.

Nabi pernah memerhatikan sebahagian sahabat baginda yang serba sedikit terpengaruh dengan bentuk kerahiban ini. lantas, baginda mengumumkan bahawa (perlakuan) ini adalah terseleweng dari metodologi Islam. Jug menyimpang dari sunnah baginda. Dengan itu, Rasulullah mencampak (keluar) pemikiran-pemikiran kristien itu dari suasana kehidupan masyarakat Islam.

Abu Qilabah pernah menyampaikan (sebuah cerita):

Satu kelompok dari sahabat-sahabat Nabi mahu menjauhkan diri dari (urusan) dunia, meninggalkan (bersenang-senang) wanita, dan mahu hidup membujang. Rasulullahpun bangun, lantas memarahi mereka, kemudian berkata: “Sesungguhnya umat sebelum kamu hancur binasa lantaran sangat keterlaluan. Mereka keterlaluan terhadap diri mereka sendiri, maka (dek kerana itu) Allah bertindak memperketatkan (urusan) mereka. (sifat) mereka (itu adalah:) sentiasa berada di rumah-rumah dan temnpat-tempat pertapaan. Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyukutukan Dia. Tunaikanlah (ibadah) haji dan umrah.  Beristiqamahlah! Nescaya kamu akan ditunjukkan kejalan yang benar.

(Abu Qilabah berkata: Kemudian) turunlah kepada mereka ayat: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik, apa  yang telah dihalalkan oleh Allah kepada kamu. Dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas {al-Maidah: 87}

[Direkodkan oleh at-Thobari, Abdur Razzaq dan Ibnu Munzir]

Mujahid berkata: Ada beberapa orang lelaki, di antaranya Uthman bin Madh'un dan Abdullah bin Umar mahu untuk tabattul dan Khisha` serta memakai kain karung guni. Kemudian turunlah ayat di atas dan selepasnya.

[Direkodkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya]

Al-Bukhari dan selainnya (dari ulama Hadith) telah merekodkan bahawa, satu kelompok sahabat telah pergi ke rumah-rumah Nabi. Mereka menanyakan isteri-isteri baginda soal ibadat Rasulullah. Setelah diberitahu kepada mereka, seolah-olah mereka menganggap ibadah itu masih terlalu sedikit. Kamudian, mereka berkata (sesama mereka) : “Dimana kita (jika dibandingkan) dengan Rasulullah? Baginda telah diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datan.” Lalu salah seorang dari mereka berkata: “Adapun aku (beraam) akan berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka.” Orang kedua pula berkata: “Dan aku pula akan mendirikan (ibadah) dimalam hari tanpa tidur!” Yang ketiga pula berkata: “Dan aku pula akan menjauhkan diri dari wanita, dan tidak akan berkahwin untuk selama-lamanya!” . Apabila cerita tersebut sampai kepada Nabi, baginda menjelaskan kepada mereka akan kesalahan mereka, dan tidak selewengnya cara mereka itu. Lantas baginda berkata kepada mereka: “Bahawasanya aku adalah orang yang paling mengenali Allah dan yang paling takut padanya (berbanding kamu semua). Namun, Aku bangun (beribadah di malam hari) dan aku tidur, aku berpuasa dan aku juga berbuka, dan aku berkahwin dengan wanita. Oleh itu, siapa yang  bencikan sunnahu (caraku), maka dia bukan dari (umat)ku.”

Oleh itu, siapa yang  bencikan sunnahu (caraku), maka dia bukan dari (umat)ku.”

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

Saad bin Abu Waqqash pula berkata:

Rasulullah s.a.w. menentang Usman bin Madh'un tentang rencananya untuk membujang. Seandainya baginda mengizinkan, niscaya kami akan ber Khitha`

Direkodkan oleh al-Bukhari]

Rasulullah juga menyerukan kepada para pemuda keseluruhannya (supaya berkahwi). Baginda berkata:

"Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah mampu berkahwin, maka berkahwinlah!; karena dia itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan."

[Direkodkan oleh al-Bukhari]

kahwin9lsDari sini, sebagian ulama ada yang berpendapat: bahawa perkahwinan itu diwajibkan keatas seorang Muslim. Tidak halal baginya untuk meninggalkannya selagimana dia mampu menunaikannya. Sebahagian ulama yang lain pula mengikat (kewajipan tersebut) kepada siapa yang telah berkeinginan kepadanya, serta bimbang terhadap dirinya sendiri (terjerumus ke dalam kancah peninaan).

Tidak sepatutnya muslim menhan dirinya dari perkahwinan atas sebab bimbang kesempitan rezeki, atau  beratnya bebanan tanggungjawab terhadap keluarganya. Tetapi dia harus berusaha, bekerja dan menanti pertolongan Allah dan pertolonganNya yang telah dijanjikan buat orang yang berkahwin, serta yang menjaga kesucian dan kehormatan dirinya.

Allah Taala berfirman:

Maksudnya:

Kahwinkanlah anak-anakmu (yang belum berkahwin) , dan orang yang soleh (yang sudah patut berkahwin) dari kalangan hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuanmu. Jika mereka tidak mampu, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerahNya.

[An-Nur: 32]

Rasulullah pula berkata:

Maksudnya:

Tiga golongan yang telah menjadi hak Allah untuk menolong mereka: (1) Orang yang berjihad dijalan Allah, (2) dan seorang hamba mukatab ( Seorang hamba yang berjanji akan menebus dirinya sendiri supaya menjadi merdeka ) yang berniat akan menunaikan perkara tersebut, (3) dan orang berkahwin yang mahukan kehormatan diri.

[Direkodkan oleh at-Turmizi]