Allah Taala berfirman: (Maksudnya)

Dan siapakah yang lebih baik dalam membuat hukum melainkan Allah?

[al-Maidah: 50]

Ramadhan_Kareem_09_by_mustange

Hukuman Allah itu adalah yang terbaik.. had (hudud) yang Allah telah tetapkan adalah had yang teragung.. ia memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, dan dapat menjaga maslahat umum..ada orang berkata: Hukuman Islam itu sangat kejam! Kita jawab: Kekejaman hanyalah perlakuan penjenayah. Islam bukan agama penjenayah.. bahkan, setiap hukuman yang ditetapkan adalah untuk menghalang perlakuan jenayah, untuk menjaga maslahat umum… cuba anda jawab: Tidakkah hukuman Allah itu berpatutan kepada pencuri, perompak, pembunuh dan perogol? Jawapannya : Ya! Ia menjamin kesejahteraan dan keamanan.

Allah Taala berfirman:

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang yang berakal.

[al-Baqarah: 179]

v  Revolusi Iman

Rakyat mahu menjatuhkan pengkhianat negara… namun kita pula mahu menjatuhkan pengkhianat agama, bangsa, dan negara.  Kerana pengkhianat negara hanya akan meruntuhkan sebuah pemerintahan yang adil, namun pengkhianat agama menjatuhkan keseluruhan sistem kehidupan manusia: di dunia dan akhirat.