Sahabatku… siapakah diantara kita yang tidak pernah melakukan kemaksiatan? Siapakah yang tidak pernah berdosa? Siapakah diantara kita yang tidak memerlukan taubat? Marilah kita duduk sebentar dan menghitung amal perbuatan kita.. kita duduk dan menyesal.. menyesal terhadap dosa yang telah kita lakukan kepada Allah Taala… menyesal atas kelalaian kita.. kejahilan kita menyebabkan menyeleweng dari memberikan hak Allah.. berapa banyak dari kalangan kita yang membuat maksiat, lalu Allah menerima taubatnya? Berapa banyak dari kalangan kita yang berdosa, lalu Allah mengampunkannya? Allah Taala masih lagi menyayangi kita.. Allah mengurniakan Bulan Taubat kepada kita.. Allah Taala meluaskan dimensi keluasan taubatnya kepada hamba-hambaNya, oleh itu adakah kita akan melalaikan bulan ini? Marilah kita mulakan bulan Ramadhan dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah kita lakukan.

taubat

Allah Taala berfirman:

وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ

Allah mahu (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu.

[an-Nisaa`: 27]

v  Nasihat Ramadhan

Rasulullah pernah berkata:

Siapa yang akhirat adalah perkara yang paling utama dalam kehidupannya, maka Allahakan  jadikan kekayaan dalam hatinya, dan Allah akan mengumpulkan baginya kekuatannya, dan akan datanglah kepadanya dunia sedangkan dia tidak berhajat padanya. Dan barangsiapa yang dunia adalah perkara yang amat penting baginya, nescaya Allah akan menjadikan kefakiran (kemiskinan) di antara  kedua matanya (dihadapannya), dan memisahkan kekuatan darinya, dan tidaklah akan datang kepadanya habuan dunia melainkan apa yang telah ditetapkan untuknya.

[Direkod oleh at-Turmizi: 2653]