Suatu ketika dahulu, kita mendengar pelbagai kisah dan cerita yang membayangkan kehebatan umat Islam. Sekiranya mereka disakiti, pastinya umat Islam yang lain akan bangun membelanya. Namun kini, apa sudah terjadi dengan uamt Islam? Kita seolah anak-anak yang tiada bapa. Seolah tidak pernah di ajar untuk mengasihi saudara.

broken-heart

Realiti kini menyaksikan umat Islam di Palastin yang dibunuh setiap hari, di mana cinta kita untuk memboikot barangan Israil? Adakah kita di antara orang yang senang lenang tidur empuk di atas katil tanpa memikirkan permasalahan peluru yang akan menembusi saudara kita?

Somalia merintih saban tahun. Namun, siapa yang mengetahui keadaan mereka? 6 orang mati setiap minit akibat kelaparan dan penyakit polio. Siapa mereka? Bukankah mereka juga umat Islam? kemana rintihan mereka mahu diadukan? Apabila saudara mereka sendiri tidak menghiraukan masalah mereka, adakah mereka perlu menagih bantuan dari orang kafir? Bukan Islam? Adakah mereka perlu meminta pertolongan jiran mereka sedangkan saudara mereka sedang tidur enak di dalam bilik?

Umat Islam di selatan Thailand pula, saban hari keluar dari rumah dengan penuh kerisauan. Adakah aku akan mati hari ini?

Kegemilangan cinta umat Islam sering bertitik noktah di dalam buku dan ceramah serta forum-forum. Tetapi adakah ianya sebenar-benar cinta yang kita cari selama hidup mengembara di dunia ini? Cinta generasi awal semakin disia-siakan oleh generasi ini…

15036

Tuntasnya.. marilah kita membangkitkan cinta sebenar dan menjadikan ia puncak hidup kita menuju Allah Taala.

Wallahu Taala `Alam.