Header Ads

test

Martabat Cinta

IMAM Ibnu Qayyim al-Jauziah berkata dalam buku beliau, Madarijuz Salikin:

lover

“Cinta adalah tempat persinggahan buat orang yang saling bersaing, menjadi sasaran buat orang yang beramal. Orang yang mendahului menjejaki alamnya, dan padanya jualah tempat curahan orang yang mencintai. Dengan sepoi anginnya orang yang beribadah merasakan ketenangan. Ia adalah santapan hati, makanan roh, dan pelembut mata hati. Cinta adalah kehidupan, orang yang tidak memilikinya seumpama orang mati. Cinta adalah cahaya, siapa yang tidak memilikinya seumpama berada di tengah lautan yang gelap gelita. Cinta adalah ubat penyembuh, siapa yang tidak memilikinya maka hatinya diendapi pelbagai penyakit. Cinta adalah kelazatan, siapa yang tidak memilikinya maka seluruh hidupnya diwarnai kegelisahan dan penderitaan.

Cinta adalah roh iman dan amal, kedudukan dan keadaan, yang jika cinta itu tiada seumpama tubuh yang tidak mempunyai roh padanya. Cinta  memikul beban-beban yang dibawa oleh orang musafir ketika menuju ke suatu negeri, yang tentu sahaja mereka akan keberatan jika beban itu dibawa sendiri. Cinta menghantarkan mereka ke tempat persinggahan yang selainnya tidak mampu menghantarkan mereka ke tujuan. Cinta adalah kenderaan yang membawa mereka kepada Sang Kekasih. Cinta adalah jalan mereka yang lurus, yang menghantarkan mereka ke tempat persinggahan pertama yang terdekat. Demi Allah, para pemilik cinta telah pergi membawa kemuliaan dunia dan akhirat, sehingga akhirnya bersama Sang Kekasih. Allah telah menetapkan bahawa seseorang itu bersama orang yang paling dicintainya. Sungguh ini merupakan kenikmatan yang tiada tara yang diberikan kepada orang yang memiliki cinta yang mendalam”.

p/s: Syukur, buku FATWA CINTA sudah siap sepenuhnya, dan sedang menunggu jawapan dari penerbit. Mohod doakan.

Fatwa Cinta

1 comment:

  1. tahniah...tahniah...doakan ana juga ye..selagi mana jalan dakwahmu ikhlas keranaNya.insyaAllah redha Allah bersamamu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.