JUVANA adalah pesalah remaja yang berusia 10- 18 tahun. Mereka akan dibicarakan di mahkamah yang khusus iaitu Mahkamah Juvana.

Drama TV3, JUVANA adalah adaptasi dari cerita-cerita pesalah juvana yang di asuh dalam perkarangan sekolah mereka. Drama ini mengisahkan bagaimana situasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar @ tahanan disana. Namun, yang lebih penting adalah… walau siapa mereka… walau sejahat mana jenayah yang mereka lakukan,…. Jika Allah telah menghendaki hidayah, nescaya pintu taubat akan diketuk…

Drama 13 episod ini mengenangkan saya kepada kisah taubat seorang gangster… ia diceritakan oleh Rasulullah sendiri:

Maksudnya:

Pada zaman sebelum kamu ini, terdapat seorang lelaki (dari kalangan Bani Israil) yang telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia. (Kemudian Allah mengurniakan kecenderungan untuk bertaubat kepadanya) lalu dia bertanya tentang orang yang paling berilmu (`Alim) di kawasan itu. Lantas orang ramai menunjukkannya kepada seorang Rahib (Ahli Ibadah).

Lelaki itupun pergi kepada si Rahib dan bertanya tentang keadaan dia yang telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, adakah dia masih lagi boleh bertaubat? Si Rahib pun menjawab: Tidak.

Lantas dia membunuh si Rahib, lalu menyempurnakan bilangan ke-seratus.

(Dia masih belum kecewa untuk bertaubat) Kemudian dia bertanya lagi tentang orang yang paling berilmu di kawasan tersebut, lantas orang ramai menunjukkannya kepada seorang lelaki yang benar-benar berilmu.

(Diapun bertanya soalan yang sama seperti soalannya kepada si Rahib)

Dia bertanya kepada si `Alim tentang perihalnya yang telah membunuh seratus orang, adakah dia masih boleh bertaubat?

Lantas si `Alim menjawab: Ya! Dan apakah yang menghalang antara dirinya dan taubat? Dan “Pergilah ke tempat sekian-sekian. Disana terdapat masyarakat yang beribadah kepada Allah, maka beribadahlah bersama mereka. Dan janganlah sesekali engkau kembali ke tempat asal kamu kerana ia adalah tempat yang jahat”.

Lalu dia bertolak ke tempat yang dimaksudkan, sehingga ke setengah jalan kematian mendatanginya.

Malaikat-Malaikat ar-Rahmah dan Malaikat-Malaikat al-`Azab telah berdebat tentang keadaan lelaki tersebut. Malaikat-malaikat ar-Rahmah berkata: “Dia telah datang (ke sini) dalam keadaan bertaubat dan hatinya telah cenderung kepada Allah”. Malaikat-Malaikat al-`Azab pula berkata: “Dia belum lagi melakukan sebarang amalan kebaikan”.

Lalu datanglah kepada mereka seorang malaikat dalam bentuk seorang manusia, lalu mereka menjadikan dia bersama mereka. Malaikat itu berkata: “Ukurlah jarak di antara dua kawasan tersebut, yang mana lebih dekat, maka dia termasuk dalamnya”.

(Lantas Allah menurunkan wahyu kepada kawasan yang hendak ditujunya supaya mendekat, manakala kampung asalnya untuk menjauh.)

Malaikat-Malaikat tersebutpun mengukur kawasan tersebut, lalu mereka mendapati kawasan yang hendak dituju adalah lebih dekat, lantas Malaikat-Malaikat ar-Rahmah mengambilnya.

[Direkod oleh Bukhari dan Muslim]

Demikianlah hidayah Allah.... ia tidak mengira siapapun, yang penting... kemahuan untuk berubah itu melebihi segala-segala kemahuan yang lain.

juvana

JUVANA: TAUBAT SENTIASA DI TERIMA!

(klik untuk menonton)

Wallahu Alam.