Header Ads

Book an appointment with SetMore

Takziah Buat Para Pejuang

“Kemalangan di kilang gula melibatkan pelajar MATRI.dua org pelajar(izzat f5 dan hazman f2) dan pcik shahidan(suami cg asmah) meninggal dunia.al-fatihah” –Cikgu Saiful Rahman Che Ani.

Terkejut dengan status tersebut, namun ia juga adalah kegembiraan buat para pejuang. Ya! Zahirnya mereka meninggalkan kita, tapi hakikatnya mereka telah menyelesaikan tugas dimuka bumi ini, yang tinggal hanyalah kita.. meneruskan tugas selaku hamba dan perajurit Allah yang taat.

Khusus takziah buat keluarga sahabat saya, Ammar Ismail atas pemergian adiknya, Muhd Izzat Ismail.

Firman Allah:

Dia (Allah) lah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia maha kuasa (membalas amalan kamu) lagi maha pengampun.

[Al-Mulk: 2]

Semoga kita terus tekad meneruskan tali-tali perjuangan yang mereka tinggalkan.

(Sayu bila menonton video di atas bila jenazah yang diangkat memakai baju hijau… baju rasmi pelajar MATRI)

Maklumat Penuh:

Masa Kejadian:

Ahad,11/9/2011, 9:15am,

Tempat Kejadian:

Di hadapan Kilang Gula Chuping, Perlis.

Sebab:

Van yang dinaiki 9 orang penumpang ranap ditimpa pokok tumbang.

Senarai nama sahabat yang terlibat kemalangan:

1. Al-Akh Shahidan Bin Ali - Masul Halaqah - Meninggal,

2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal, (Adik kepada Ammar Ismail)

3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,

4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.

5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,

6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,

7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,

8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,

9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,

gambar Bakhtiar

(Arwah Hazman Bakhtiar (berbaju kuning) bersama rakan dan adik saya, Huzaifah (kanan sekali)

Takziah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

gambar kejadian

- Terima Kasih kepada Dato` Seri Mat Isa bin Sabu kerana menziarahi mangsa di Hospital Tungku Fauziah, Kangar.

- Turut hadir dalam pengebumian jenazah:  YB Datuk Mat Rawi (ADUN Beseri), dan YB Jefree bin Othman (Exco Agama Negeri Perlis).

p/s: terima kasih kepada ukhti Ana Solehah , Asmawi Abdullah, Cikgu Saiful, Syaufiqul Azri dan akhbar2 tempatan yang memberikan laporan kejadian.

4 comments:

  1. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah..buat sepupu saya Allahyarham Hazman Bakhtiar Sharizan.....semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

    dari DIA kita datang..kepada DIA jualah kita pergi....

    ReplyDelete
  2. Anonymous9/13/2011

    "man kharaja liltholabul `ilmi fahuwa fisabilillah hatta yarj`i"
    semoga Allah meletakkan mereka pada para syuhada.... insyaallah....

    ReplyDelete
  3. syg kn islam9/18/2011

    arwah hazman cucu kepada pak cik saya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.