Kesatuan Ulama Menyeru Umat Islam di Semua Tempat Untuk Menjadikan Jumaat Yang akan Datang Sebagai hari Bersama Rakyat Syiria

Kenyataan berhimpun

Terjemahan:

Kesatuan Ulama Islam Sedunia menyeru kesemua bangsa Arab dan umat Islam di semua tempat supaya menjadikan Hari Jumaat yang akan datang, 1 Dzul Hijjah yang bersamaan 28/10/2011 sebagai hari berkumpul menyatakan kemarahan, (atau boleh bermaksud: menjadikan ia sebagai Hari Jumaat Kemarahan-pent) sebagai respon kepada kerajaan Syria dan jenayah-jenayahnya yang kejam. Pengumpulan-pengumpulan ini bertujuan menyokong, memberi pertolongan, serta memperkuatkan rakyat-rakyat Syiria yang menjadi hero dalam revolusi aman bagi menentang kezaliman dan pemimpin-pemimpin zalim. Rakyat Syiria menuntut kemerdekaan, keadilan, dan kemuliaan.

________________________________

Penterjemah: Syihabudin Ahmad MY

Sumber: Laman Rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KLIK)