“Apakah yang akan aku tinggalkan untuk dakwah seandainya mataku dibutakan, kaki dan tanganku diikat, dan lidahku dipotong??”

Dakwah di jalan Allah adalah tanggungjawab yang besar, berat dan amat bernilai. Apabila seseorang telah bekerja untuk dakwah, begitu banyak perkara yang perlu dikorbankannya.. masa tidurnya perlu dikurangkan, masa bersuka-sukanya perlu disingkatkan, masa bermainnya juga perlu dihadkan..

hati

Hati yang menerima dakwah akan sentiasa sedar bahawa dia melakukan semua perkara dalam hidupnya adalah untuk dakwah.

Dakwah adalah modal berharga buat  orang beriman ketika berjumpa Allah di akhirat kelak. Modal yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan. Walaupun jasad “Daie”  sudah tertanam, namun jika dakwahnya masih terus tersebar, maka pendapatan pahalanya akan terus meninggkat tanpa henti sehingga berlakunya kehancuran dunia ini.

Rasulullah pernah berkata:

Maksudnya:

            Apabila mati seorang manusia, terpotonglah semua amalannya dari dirinya melainkan tiga perkara: (1)Sedekah yang didermakan, atau (2) Ilmu yang dimanfaatkan, atau (3) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.

[Direkod oleh Muslim]

Ketiga-tiga amalan ini memberi jasa kepada seorang manusia dalam keadaan hidup dan matinya. Ia adalah ganjaran bonus dari Allah buat para pendakwah.

Bayangkan, walaupun tangan anda diikat, sedangkan sebelumnya tangan itu sentiasa memberikan bekalan sedekah kepada yang memerlukan, maka pahala sedekah tersebut akan terus mengalir selagimana sedekah tersebut dimanfaatkan, walaupun roh anda telah dipanggil Illahi!

Bayangkan, seandainya lidah anda dipotong , sedangkan sebelumnya lidah itu menyampaikan ilmu yang mampu dimanfaatkan buat umat manusia dalam hal dunia dan akhirat, nescaya anda akan bergembira di Akhirat kelak lantaran pahala yang berterusan tanpa henti!

Bayangkan juga, seandainya tangan anda diikat, sedangkan sebelumnya tangan itulah yang mendidik anak-anak menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan kebahgiaan ibubapanya, nescaya kegusaran bukanlah kehidupan dunia dan akhirat anda! Bonus pahala mencurah-curah!

Justeru, saya mengajak diri bermuhasabah seketika.. supaya setiap langkah dan gerak geri dicurahkan untuk membina modal dakwah ini…

Atas tujuan ini, saya mengumpulkan kenalan-kenalan di Facebook, yang kami tidak bersua muka walau sedetik! Namun, hanya berbicara sebentar di skype, atau berbalas masej di facebook bagi sama-sama membentuk kefahaman dakwah dan mempraktikkannya mengikut kemahiran masing-masing.

Saya yakin dan percaya, setiap orang memiliki kecenderungan minat dan kepakaran kemahiran yang tersendiri, tetapi kadang-kala mereka tidak tahu bagaimana menguruskannya. Oleh itu, kumpulan Halaqah Maya (klik) ditubuhkan .

Semoga segala usaha kita mendapat berkat dan rahmat illahi. Amin.

(Anda boleh Mendengar Audio dibawah)