Jamaah  Ikhwan Muslimin di Mesir menegaskan bahawa Khilafah Ar-Rasyidah dan menghidupkan Daulah (Kepimpinan) Islam dan Syariatnya adalah matlamat Jamaah  pada peringkat akan datang.

محمد-بديع

Dr. Mohd Badi` - Mursyidul Am bagi Jamaah  Ikhwan Muslimin – telah berkata: “Sesungguhnya pembinaan Khilafah ar-Rasyidah adalah matlamat yang berperingkat-peringkat yang telah disusun oleh al-Imam Hasan al-Banna bagi merealisasikan tujuan yang paling utama dalam Jamaah  , ianya adalah menghidupkan pembaharuan dalam daulah (Pemerintahan) umat Islam dan pensyariatan (Pelaksanaan undang-undang) al-Quran. Ditambahkan pula, kerealisasian tujuan yang paling utama tersebut semakin hampir selepas revolusi “Musim Bunga Tanah Arab”.

Dr. Mohd Badi` juga telah menjelaskan dalam risalah usbui`ah (Surat Mingguan beliau) bahawa al-Imam Hasan al-Banna telah menetapkan dua matlamat Jamaah  dalam Persidangan (Mu`tamar) ke enam.

Beliau menambah (seperti yang juga disiarkan oleh Surat Khabar al-Yaum Sabi`) : “ (Untuk merealisasikan matlamat tersebut maka) mestilah suasana berperanan, masa itu tiba, persediaan itu baik, dan pembinaan-pembinaan telah dilakukan, pembinaan yang meliputi pembaharuan yang menyeluruh serta meliputi seluruh urusan kehidupan, dan seluruh masyarakat saling bantu membantu menguatkan antara satu sama lain (kearah penubuhan daulah), serta mengunakan apa jua cara yang dapat membantu kepada perubahan dan peralihan bagi menghidupkan daulah (Pemerintahan) umat Islam dan pensyariatan (Pelaksanaan undang-undang) al-Quran.”

Dr Muhd Badi` menggap orang yang menyifatkan mereka dengan “alMunawiin” sebagai mahu memporak perandakan Ikhwan serta menyibukkan mereka dengan pergaduhan luaran, dan dakwaan “Kegemilangan Palsu” pula sebagai mahu merobek (keutuhan) barisan-barisan umat dan menggelamkan mereka dalam perdebatan yang tidak berguna. Beliau menambah: “Pelbagai ajakan mahu membawa kepada pergaduhan-pergaduhan serta perlawanan yang pelbagai.. bahkan sehingga mahu menumpahkan darah yang bersih tidak bersalah, semuanya itu hanya mahu melambatkan perjalanan (Kejayaan), menggagalkan revolusi, serta memesongkan kita dari matlamat utama dan tujuan kita yang telah ditetapkan.”

Dr Muhd Badi` juga memberi amaran terhadap apa yang disifatkannya sebagai “Al-Muhawalat” yang mahu memecah-belahkan masyarakat kepada pelbagai pertembungan, dan pemecahan kesatuan barisan kepada (bergolong-golong) pemuda-pemuda (hanya untuk pemuda, begitu juga) orang-orang tua, wanita-wanita, umat Islam dan Kristien, mazhab, dan kumpulan-kumpulan. Beliau berkata : “Kami memerlukan kebolehan-kebolehan masyarakat serta pengalaman-pengalaman mereka.. kami memerlukan semangat para pemuda dan kekuatan mereka, kebijaksanaan orang-orang tua dan pengalaman mereka yang lalu.. kesemua ini bersatu atas ketulusan cinta, keikhlasan, kepercayaan, serta matlamat-matlamat bersama.”

Jamaah  Ikhwan Muslimin juga telah mengeluarkan pekeliling perlaksanaan jabatan rakyat dalam anggotanya bagi melindungi gereja-gereja ketika sambutan orang kristien Mesir pada awal tahun masihi dan “Hari Kelahiran” yang disambut oleh Coptic-coptic mesir pada 7 Januari akan datang.

Jamaah  telah menjelaskan dalam sebaran mereka dalam sesawang rasmi mereka : “Kami menyeru Majlis Tertinggi Tentera dan pasukan polis untuk melindungi gereja-gereja sepertimana penjagaan yang telah dilakukan oleh jabatan pilihan raya  ketika pilihan raya, tambahan itu, kami telah membentuk Jabatan Rakyat dari kalangan Ikhwan Muslimin bagi bekerjasama dalam urusan perlindungan ini,.. perancangan itu (diharapkan) tidak lagi adanya tangan-tangan berdosa dan jari-jari kotor yang merosakkan sambutan-sambutan ini sepertimana yang pernah berlaku semasa pemerintahan yang rosak dan binasa.”

Surat Kabar al-Bayan menambah: “Kami bukanlah yang lebih baik ataupun yang dipaksa, ini hanyalah apa yang kami mahu tunjukkan, dan merupakan permulaan kami, serta prinsip kami kepada saudara kita sesama negara dan sesama manusia, sejarah telah menunjukkan pembinaan kebangkitan Mesir yang terlalu lama, dan ruh ini telah lama bermula sejak revolusi  25 Januari yang diberkati, setiap kumpulan masyarakat bergabung atas dasar persahabatan, cinta, dan kerjasama, apa yang kami lakukan bersungguh-sungguh ini adalah untuk meneruskan ruh yang mulia tersebut, dan kami mengharapkan masyarakat saling membantu kami dalam perkara itu, serta tidak membuang masa mendengar fitnah yang mahu menyebarkan kejahatan, dan mereka mahu memecahkan kesatuan masyarakat Mesir.” ".

_______________________________

Rujukan Asal : Portal Rasmi Kesatuan Ulama` Islam Sedunia (Klik)

Penterjemah : Syihabudin Ahmad MY (Klik)