Yang dimaksudkan dengan kukuh disini adalah : hujah yang tepat dengan  tujuan  jawapan sehingga pendengar merasa tenang dengan jawapan tersebut dan menerima hakikat tanpa ragu-ragu.

Oleh itu, para pendakwah mestilah memberikan hujah yang sesuai kerana ia membawa daerah benar atau bohong kepada daerah kebenaran secara pasti.

Misalannya, sekiranya seorang da`ie berkata kepada mad`u : “Mencuri itu haram” lalu si daie perlu memberikan hujah yang kukuh sehingga si mad`u betul mempercayai bahawa perbuatan mencuri itu sememangnya diharamkan oleh Allah Taala.

kafilah-dakwah1

Al-Quran telah mengajar kita bahawa dakwaan yang dibawa tanpa hujah yang kukuh akan ditolak mentah-mentah. Orang Yahudi pernah mendakwa bahawa mereka hanya akan diseksa di dalam api neraka sekadar beberapa hari sahaja, namun dakwaan ini telah ditolak oleh Allah Taala kerana tidak mempunyai hujah yang kuat dan kukuh.

Firman Allah :

Maksudnya:

“Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui?”

[Al-Baqarah : 80]

Huraiannya seperti berikut :

Dakwaan:

Kelemahan:

“Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”

Dakwan ini tidak kukuh bahkan merupakan pembohongan yang sia-sia kerana tidak disertakan dengan hujah yang kukuh. Ini adalah persoalan perkara ghaib yang memerlukan sandaran kuat dari kenyataan asli Allah Taala, namun orang Yahudi hanya mengatakan demikian kerana hawa nafsu dan sangkaan semata-mata.

 

Justeru, dakwaan tanpa hujah yang kukuh akan ditolak mentah-mentah. Firman Allah :

Maksudnya:

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak akan memasuki Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.

[Al-Baqarah : 111]

Tidak syak lagi bahawa hujah yang kukuh akan membawa kesenangan dan ketenangan pada hati pendengar.

Saya bawakan contoh yang lain, contoh yang sangat digemari oleh para pendakwah dahulu sehingga kini bedasarkan panduan suci al-Quran :

Kisah fitnah yang ditimpa kepada Nabi Yusuf dari fitnah jahat Isteri raja al-Aziz.

Isteri raja al-Aziz mendakwa bahawa Nabi Yusuf mahu memperlakukan tidak elok kepada dirinya, sedangkan Nabi Yusuf menafikannya bahkan berkata sebaliknya. Namun, raja al-Aziz melihat dengan tenang kepada kedua-dua jawapan, apabila datangnya seorang bijak pandai yang merungkai permasalahan dengan membawa bukti yang kukuh bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah, bahkan isteri al-Aziz lah yang salah, raja al-Aziz dapat mempercayai bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah. Hujahnya adalah seperti berikut :

Firman Allah :

Maksudnya:

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba kami yang dibersihkan dari segala dosa.

dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): “Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksakan”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang memujukku berkehendakkan diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.”

“Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu dayakamu sangatlah besar pengaruhnya.”

[Yusuf : 24-28]

Kadangkala terdapat juga hujah yang dibawakan, namun tidak menepati ciri-ciri jawapan yang kuat dan teguh. Hujah sebegini tidak akan merubah hakikat ragu-ragu kepada kebenaran yang pasti.

Contohnya, andai kita memegang satu bahan galian, lalu kitakan bahawa ia adalah besi kerana ia mampu mengalirkan arus elektrik. Jawapan ini tidaklah kukuh kerana bukan sahaja besi yang mampu mengalirkan arus elektrik, aluminium dan tembaga juga mampu melakukannya.

Oleh itu, kita perlu berikan jawapan yang lebih kukuh, seperti kita katakan objek tersebut adalah besi kerana ia mampu melekat pada magnet kerana tiada jenis bahan galian lain yang mampu melekat pada magnet melainkan besi.

Jika kita perhatikan semula secara mendalam pada tajuk ini, kita akan mendapati bahawa skop hujah yang kukuh tidak terkeluar daripada 3 dakwaan berikut:

1.       Dakwaan  Secara Teori

2.       Dakwaan Barkaitan Pancaindera

3.       Dakwaan Perkara Ghaib