Setiap orang berkeinginan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya, ada yang ingin menjadi seperti Bill Gate yang mempunyai wang masuk berjuta-juta dalam masa sehari, ada pula yang ingin membina butik pakaian sendiri, dan sebagainya. Setiap orang mempunyai keinginan dan impian masing-masing.

IMG_0628

Namun, permasalahan utama yang dihadapi oleh kebanyakan orang adalah: Gagal merancang cara merealisasikan impian. Bijak pandai pernah berkata:

“Sekiranya kamu gagal merancang, maka kamu telah merancang kegagalan”

Disini, penulis akan menjelaskan 5 cara untuk menjadikan impian anda menjadi suatu realiti!

1.       Masuk bilik, tutup pintu.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah anda perlu mengasingkan diri anda dari orang ramai. sekiranya anda mendiami sebuah rumah secara bersama dengan rakan-rakan kongsi anda, maka katalah kepada mereka : “Biarkan aku bersendirian. Aku ada urusan penting”, kemudian, tutup pintu bilik anda.

2.       Tulis SEMUA impian

Anda perlu meluahkan segala apa yang anda impikan. Ambil pen dan kertas, lalu tuliskan apa sahaja kehendak anda. Jangan fikirkan sama ada ia mustahil ataupun tidak.

3.       Rangka cara mendapatkannya

Setelah semua keinginan anda sudah tertulis, maka sampailah peringkat anda merancang bagaimana untuk mendapatkannya. Panduannya juga mudah; anda rangka apa sahaja cara untuk mendapatkannya.

4.       Tulis semula dan tampal ditempat mudah dilihat

Impian dan rangka rancangan anda tadi hendaklah ditulis semula lalu dilekatkan ditempat yang mudah dilihat seperti dihujung katil, dihadapan peti sejuk dan sebagainya.

5.       Berusaha memenuhi cadangan.

Langkah terakhir adalah, anda mestilah berusaha memenuhi semua yang anda rancangkan kerana tiada perancangan yang lebih baik melainkan melaksanakannya.

langkah-langkah diatas hendaklah dikut dengan tertib dan tekun, kemudian anda cuma perlu tersenyum dengan tenang.

Tips

Bagi memastikan langkah-langkah diatas berjaya dilaksanakan dengan baik, anda mestilah mematuhi panduan-panduan berikut :

1-      Tidak merokok

Sekotak rokok akan membakar diri anda, duit anda serta masa depan anda. Kewangan yang dihabiskan kepada pembelian rokok sangatlah merugikan kerana anda sangat-sangat memerlukan kewangan tersebut untuk memastikan impian anda suatu realiti.

“Impian Menagih Kewangan Tegar”

2-      Menyimpan 25% pendapatan

Bukan sekadar berhati-hati ketika menggunakan wang anda tetapi anda juga perlu memotong 25% dari pendapatan anda seperti gaji, biasiswa, dan sebagainya. Ya, 10% dari RM 10 mesti dilihat sangat sedikit oleh seorang pelajar, namun RM 1,000,000 tidak akan cukup jika tidak kerana nilai 10sen.

3-      Sampahkan kritikan

Impian anda adalah keinginan anda, maka anda berhak menentukan apa yang anda lakukan. Setiap kritikan yang tidak membina hendaklah dilayan dengan satu cara : Tutup telinga.