Nabi Musa merupakan seorang utusan Allah yang memiliki banyak mukjizat, antaranya baginda dikurniakan tongkat yang mampu berubah menjadi seekor ular besar,ular yang mampu memakan ular-ular sihir dari tukang sihir Firaun.

Baginda juga dikurniakan mukjizat tangan yang bercahaya, laut yang terbelah, dan sebagainya.

Terlalu banyak mukjizat yang dikurniakan kepada baginda bagi menghadapi satu kaum yang sangat kufur dimuka bumi : Bani Israil.

Suatu hari, selepas Bani Israil berjaya melarikan diri dari Firaun, dan Firuan ditenggelamkan akibat laut yang terbelah. Bani Israil dan Nabi Musa telah berada dalam kelaparan ditengah-tengah padang pasir, lalu bani Israil bertanya kepada Nabi Musa: “Bagaimana kita mampu dapatkan minuman?” lalu mereka meminta kepada Nabi Musa untuk diberikan minuman.

Nabi Musa dengan rendah hati memohon kepada Allah taala untuk dikurniakan minuman. Lantas Allah menyuruh Nabi Musa memukul tongkatnya ke sebuah batu, setelah Nabi Musa melaksanakan perintah tersebut, terpancarlah 12 mata air yang mewakili tempat minum bagi setiap kabilah Bani Israil.

12 mata air yang terpancar itu masih kekal sehingga kini, namun 4 diantaranya telah ditutup oleh tentera-tentera Israil yang berjaya menawan kawasan tersebut pada peperangan antara Israil dan Mesir pada tahun 1970.