Para ulama telah bersapakat menyatakan bahawa hukum solat istikharah adalah sunat berdasarkan hadis berikut :
Dari Jabir RA telah berkata : “Bahawa Nabi saw telah mengajarkan kami supaya beristikharah dalam setiap perkara, sepertimana baginda mengajar satu surah dari al-Quran “
[Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari : 1166]
Hikmah Istikharah
Antara hikmah disyariatkan istikharah adalah bagi menyerahkan segala urusan kepada Allah Taala serta menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat.
Sebab Melakukan Istikharah
Ulama empat mazhab telah bersepakat bahawa Istikharah hanya berlaku pada perkara tidak diketahui ketepatannya. Manakala, pada perkara yang sudah pasti ketepatan halal atau haramnya, maka tiada istikharah untuk itu, melainkan pada perkara-perkara tertentu seperti beristikharah untuk mencari waktu menunaikan haji.
Justeru, Istikharah tidak berlaku pada perkara wajib, haram, atau makruh, tetapi boleh berlaku pada perkara sunat ataupun harus.
Bilangan Rakaat
Sebaik-baik solat Istikharah adalah dua rakaat, inilah yang disepakati oleh ulama 4 mazhab.
Bacaan Surah Pilihan:
Selepas bacaan al-fatihah, dianjurkan kepada orang yang bersolat istikharah untuk membaca surah berikut :
  • Rakaat Pertama : Al-Kaafirun ( Qul Ya Ayyuhal Kaafirun)
  • Rakaat Kedua : Al-Ikhlaas ( Qul Huwa Allah Hu Ahad)
Bacaan Doa istikharah:
Doa solat Istikharah adalah bebas, namun kita dianjurkan untuk membaca doa seperti yang diajar Nabi SAW dalam sahih al-Bukhari:
istikharah
(Klik Gambar untuk paparan Besar)

Rujukan :
Mausuah Feqhiyyah al-kuwaitiah, Jilid 3, m/s :245.