Sepertimana yang diketahui ramai, Halaqah Maya (Pertubuhan Belia Halaqah) akan menghantar wakil misi ke Negara Kemboja.amal kasih

Tujuan misi ini adalah bagi melihat sendiri keadaan kehidupan umat islam di kemboja. Bagaimana mereka hidup selaku umat islam di Negara bukan Islam?, apakah keperitan survival hidup anak-anak kecil kemboja? Apakah peluang umat Islam khususya belia di Malaysia untuk mebantu? Dan sebagainya.

Misi ini sangat penting sebelum dilancarkan misi kedua tidak berapa lama lagi. Ini kerana, pengalaman yang dikutip dan didokumentarikan ini akan menjadi panduan bagi Halaqah untuk terus menerus bekerjasama dengan Persatuan Graduan Islam Kemboja yang kini dipengerusikan oleh Ustaz Yusof Osman.

Halaqah komited berusaha sepenuh tenaga bagi memastikan program “Prihatin Umat” ini dijayakan dengan sebaik-baiknya.

Dari meja pengerusi, saya mengharapkan semoga wakil-wakil misi ini mendapat rahmat Allah dan senantiasa dilindungi sepanjang menjalankan tugas. Saya juga mengucapkan tahniah atas komitmen kepada dakwah dan umat Islam yang anda curahkan.

Sekian.

 

Syihabudin Ahmad MY,

Pengerusi Pertubuhan Belia Halaqah.

( www.halaqahmaya.com )

 

Antara Aktiviti Yang Disusun oleh Persatuan Amal Graduan Islam Kemboja

75228_363359687041052_100001010728643_973551_1647770190_n