Hari ini saya telah mengajukan satu soalan secara umum di Facebook saya dan juga group Halaqah Maya. Sambutan sangat menggalakkan, ramai yang membantu.

emas

alhamdulillah, saya sudah mendapat jawapan yang diingini, dan beberapa tambahan ilmu.

Kredit To: Akhi Muhammad `Afifi Abd Rahman, dan Ukhti Zanifaida Zamri.

Fakta

Zakat emas (yang disimpan) wajib dikeluarkan setelah sempurna 2 syarat:

1)     Cukup timbangan nasab wajib

2)     Cukup tempoh haaul : 1 Tahun Hijrah.

Umum: Emas Dunia

Dipasaran dunia, Emas hanya mempunyai 1 harga sahaja, iaitu harga emas tulin. Namun dikedai-kedai emas, dijual emas yang telah bercampur.

Percampuran tersebut adalah disebabkan emas bersifat lembut, oleh itu percampuran mampu menukar sifat asalnya.

Jenis Emas

Ketulinan

Karat

Emas 999

99.9% tulin

(24K)

Emas 990

99.0% tulin

(24K)

Emas 916

91.6% tulin

(22K)

Emas 875

875 = 87.5% tulin

(21K)

Emas 800

80.0% tulin

(19.2K)

Emas 750

75.0% tulin

(18K)

Emas 585

58.5% tulin

(14K)

Emas 417

41.7% tulin

(10K)

Emas 375

37.5% tulin

(9K)

 

Zakat Emas

Sekiranya emas tulin (yang disimpan) melebihi 85gram, maka diwajibkan zakat sebanyak 2.5% apabila genap 1 tahun hijrah.

Jika kita ke pejabat zakat, kita perlu jelaskan jenis emas yang kita miliki kerana setiap jenis mempunyai  peratusan emas berbeza. Mestilah dipastikan peratus ketulinan sampai kepada nisab yang ditentukan (85g emas tulin).

Nisab untuk Zakat Emas (Yang Disimpan)

Bagi EMAS 999 & 990 (24K) , berat 85g sudah cukup untuk nisab zakat , rujuk Syeikh Syed Sabiq dalam kitab Feqh Sunnah, Jilid 3, m/s 22.

Namun, bagi jenis-jenis lain, ianya dikira seperti berikut:

1)     ( Peratus Ketulinan  x  85g ) = berat kandungan emas.

2)     85g- berat kandungan emas = Kurang.

3)     85g + Kurang = Nisab.

Jenis Emas

Nisab

Emas 999

92.14g

Emas 990

95.63g

Emas 916

102g

Emas 875

106.25g

Emas 800

120.28g

Emas 750

134.56g

Emas 585

138.13g

Emas 417

92.14g

Emas 375

95.63g

 

Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan pula perlu dikeluarkan apabila barang perniagaan melebihi 85g Emas Tulin dan melewati tempoh masa 1 Tahun Hijrah.

Contoh Kiraan sekarang:

1 g dipasaran sekarang adalah : RM 162. (29 April 2012)

85g = RM 13,770.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang melebihi nilai diatas, dan lebih pula setahun hijrah, maka Wajib zakat.

-Harga emas tulin semasa boleh didapati di link berikut : Gold Price Malaysia

Wallahu `alam