Tetamu dari Malaysia dibawah pimpinan yang mulia raja (muda) negeri Perlis, Tuanku Faizuddin bin Tuanku Sirajuddin bin Syed Putra (Jamalulail), telah datang menziarahi al-`Alamah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

karadawimalisi

Mereka terdiri dari diplomat-diplomat, para ulama, dan (ahli majlis) fatwa. Antaranya Duta Malaysia di Doha, TYT Ahmad  Jazri Muhd Johar, Samahah Mufti Negeri Perlis, Dr. Juanda Jaya, Fadhilah Ustaz Roslan Esa (Timbalan Mufti), anggota Majlis Fatwa: Dr. Mohd Radhi bin Osman, Dr. Abdullah Yasin, dan Ustaz Abdul Hadi bin Osman.

Syeikh al-Qaradhawi sangat mengalu-alukan kehadiran tetamu yang sangat dimuliakan itu, ini bertepatan dengan ikatan kesatuan antara umat islam di timur dan barat dunia, dengan pelbagai perbezaan warna (kulit) dan lidah (bahasa) mereka, bahkan Islam adalah satu organisasi yang lebih besar dan menyeluruh.

Tetamu (dari Malaysia) itu menyuarakan kegembiraan mereka atas pertemuan dengan Syeikh, dan (melahirkan rasa) kekaguman atas peranan yang telah dicurahkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam permasalahan umat semasa, dan juga metodologi Wasatiah yang digunakan oleh Kesatuan.

Mereka juga telah mengajukan beberapa soalan sebagai meminta nasihat, dalam urusan dakwah dan fatwa, dan (Syeikh) menjawab dengan penuh kesemuanya.

Syeikh ditanya tentang persoalan mazhab yang dipegang oleh Negeri Perlis, beliau diberitahu bahawa Negara Malaysia berpegang dengan Mazhab Syafiie, namun Negeri Perlis tidak berpegang pada mana-mana mazhab tertentu, bahkan berpegang pada fatwa yang lebih hampir kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Syeikh sangat gembira dengan perkara tersebut, namun beliau telah mengingatkan akan beberapa risiko tentang hal itu, ianya adalah : (Syeikh bimbang) ahli fatwa terkeluar dari mazhab sunnah yang empat dari aspek kaedah-kaedah dan usul-usul dalam mensabitkan hukum, ataupun mereka akan diperlekehkan oleh orang lain yang berpegang kepada mazhab (tertentu), ataupun mereka tidak menghormati perbezaan pendapat dalam masyarakat. Kesemua ini adalah risiki-risiko yang membimbangkan, ia mampu memusnahkan masyarakat sekiranya tiada orang yang sedar akan risiko ini.

Begitu juga, tetamu (dari Malaysia itu) meminta nasihat dari Syeikh dari aspek cara yang terbaik untuk mengajak  umat Islam kepada beriltizam dengan hukum-hukum agama, begitu juga tentang dakwah kepada golongan bukan Islam kepada Islam. Syeikh menyatakan bahawa dakwah itu memerlukan pelbagai kelengkapan, yang paling utama adalah Ilmu, orang yang bodoh tidak mampu menjadi seorang pendakwah, mereka hanya akan memudaratkan serta menyesatkan masyarakat dari agama lebih banyak dari memberi manfaat, dengan kejahilan mereka, mereka memberi penyaksian dusta terhadap Islam dan para pendakwahnya..

Ilmu itu pula semestinya meliputi kekukuhan, kecerdikan, serta pengalaman dalam hal-hal masyarakat, dan ragam individu-individunya. Setiap masyarakat ada adat-adatnya, dan setiap manusia ada peribadinya, dan setiap kesemua itu ada kuncinya, siapa yang menggunakan kunci yang salah hanya akan menutup pintu hati dan akal.

Raja Perlis menyatakan keinginan Malaysia untuk diwujudkan cawangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia di negara mereka, Syeikh mengalu-alukan perkara itu, dan berjanji permintaan mereka itu akan ditunaikan, Insyaallah.

________________

Penterjemah: Syihabudin Ahmad MY.

Pengerusi Pertubuhan Belia Halaqah

Sumber asal : (LINK)