Header Ads

test

Apa Setelah Wirid Al-Quran dan Wirid Ma`thurat?

Kita masing-masing kenal bahawa pergerakan dakwah Ikhwanul Muslimin sentiasa menekankan tiga fakulti insan iaitu rohani, akal, dan jasmani.

Dari aspek rohani, kita sangat jelas tentang penekanan wirid al-Quran serta al-Mathurat. Bahkan, di awal setiap buku kecil al-Mathurat itu terpampang jelas nama “Imam Hassan Al-Banna”.

Wirid Al-Mathurat bermaksud; doa-doa yang sering dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu pagi dan petang. Lalu ia disusun dengan panduan hadis Nabi saw.

Walaupun bukanlah keseluruhan doa Rasulullah saw itu terdapat di dalam Al-Mathurat, namun ia cukup menjadi panduan dan ikutan umat Islam dalam mengamalkannya.

Wirid Al-Quran adalah bacaan Al-Quran yang perlu dilazimi oleh setiap umat Islam. Ia tidaklah tertentu kepada mana-mana surah, bahkan digalakkan untuk memulakan bacaan dari awal Al-Quran. Ahli Ikhwanul Muslimin melazimkan diri mereka untuk membaca satu juzuk setiap hari.

Selain dari dua amalan diatas, terdapat tiga lagi wirid yang disebutkan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam himpunan surat-surat beliau.

1)      Wirid Doa

·         (أستغفرالله) sebanyak 100 kali

·         (اللهم صل على سيدنا محمد و على آله و صحبه وسلم) sebanyak 100 kali

·         (لا إله إلا الله) Sebanyak 100 kali

·         Dan doa untuk dakwah, pendakwah, rakan-rakan , diri sendiri, serta ahli keluarga supaya dimudahkan dalam jalan dakwah

Wirid ini dibaca setiap pagi selepas solat subuh, selepas solat maghrib atau insyak, atau sebelum tidur dengan disertai khusyuk.

2)      Wirid Rabitah

Wirid ini dibaca setiap malam, ketika matahari betul-betul tenggelam.

1-      Dibaca ayat ke 26-27 Surah Ali Imraan dengan penuh khusyuk dan menghayati maknanya.

2-      Membaca doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْ لِى

“Ya Allah sesungguhnya ini adalah malam-Mu yang telah muncul, dan siang-Mu telah berlalu, dan (demi) suara-suara dari penyeru-Mu, ampunilah daku.”

3-      Menghadirkan wajah saudara-saudara yang diingati dalam fikiran, dan mengingati hubungan yang terjalin antara dia dan sahabat-sahabatnya, sama ada yang dikenali ataupun tidak. Kemudian berdoa seperti ini.

 fg

YA ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, Bersatu memikul beban dakwah-Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Akan jalan-Nya yang sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu, Yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan, Dan keindahan tawakkal kepada-Mu, Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu, Jika Engkau mentakdirkan mati, Maka matikanlah pemilik hati-hati ini, Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

 

3)      Wirid Muhasabah

Seterusnya adalah wirid muhasabah yang dilakukan setiap malam sebelum tidur. Seseorang itu akan mengingati semula perlakuannya sepanjang hari tersebut. Sekiranya ada yang baik, maka ucaplah Al-Hamdulillah, namun sekiranya ada yang buruk, maka beristighfarlah. Kemudian dia memperbaharui taubatnya, Lalu dia tidur dengan azam yang lebih baik.

Peringatan!

Amalan ini bukanlah suatu amalan yang dibawajibkan. Ia cumalah amalan yang dilakukan tanpa bercanggah dari panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia bukanlah perkara baru yang diada-adakan.

 Rujukan:
Majmu` Rasail Imam Hasan Al-Banna.

1 comment:

  1. Anonymous6/19/2012

    BismiLLah..sy nk berkongsi pendapat: semua wirid2 yg diajarkan dan disebarkan oleh ulama2 terdahulu semuanya diambil dr hadis2 yg muktabar. paling tdk pon hadis itu berstatus dhoif (hadis2 dhoif boleh diambil dan beramal dgnnya dlm hal2 spt fadhoil a'maal shj. )usahlah kita pertikai perjuangan mrka sbg istilah bid'ah. jika anda ingin beramal silakan. jika tdk, tinggalkan TAPI INGAT jgn sesekali mnghalang mrka2 yg ingin beramal dgnnya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.