Dr. Muhammad Mursy, sebelum menjadi Presiden telah menukilkan 5 Janji utama kepada seluruh rakyat Mesir.

Setelah melihat satu persatu, saya mendapati ianya adalah harapan rakyat sejak dari dulu sehingga sekarang.

Rakyat mahukan keamanan setelah ia dikotori oleh rejim Mubarak, lalu Tuan Presiden menyusun rancangannya.

Rakyat dan pelancong menginginkan bandaraya yang tersusun lalu lintasnya, berbanding keadaan sekarang yang sangat tidak tersusun dan tidak mengikut peraturan. Lalu Tuan Presiden bertukus lumus mencari idea perubahan.

Rakyat mahukan negara ini bersih dan cantik sepertimana yang pernah berlaku disuatu ketika dahulu. Lalu Tuan Presiden menetapkan beberapa panduan kejayaan.

Rakyat mahukan penjagaan dan pembiayaan makanan asasi, kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan. lalu, Tuan Presiden mengambil tanggungjawab itu dengan amanah.

Rakyat juga mahukan kekayaan bumi seperti bahan bakar dapat dirasai dan tidak perlupun dibeli! lalu Tuan Presiden berusaha menyalurkan kepada rakyatnya.

___________

Lihatlah pendetailan dibawah, bagaimana Dr. Muhammad Mursi merancang bagi merealisasikan harapan rakyat. Perancangan ini dibuat secara bersama ketika beliau berada dalam Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dahulu.

Moga Allah mudahkan urusannya.

 manifesto 1

manifesto 2

manifesto 3

manifesto 4

manifesto 5